LELAKI KELAR LEHER TARIK USUS SENDIRI (VIDEO)

 


Lelaki yang tular tarik usus sendiri rupanya 'tidak sihat'
Lelaki dalam rakaman video yang dilihat menarik ususnya selepas mengelar leher dan menikam perutnya sendiri dipercayai mengalami masalah psikiatrik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berada dalam keadaan tidak stabil ketika bertindak sedemikian pada jam 10.53 malam, Khamis lalu.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian dirujuk kepada pakar psikiatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Kami dapati, lelaki warga tempatan itu cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan pisau.

"Hasil siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang merawat lelaki itu mengesyaki, kejadian berlaku kerana dia dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah psikiatrik,".



VIDEO BUNUH DIRI TARIK USUS <---- klik sini

Comments