1.169 Juta harga tiket untuk lihat bangkai kapal Titanic

 

   

Kapal selam kecil Titan meletup berhampiran Titanic, kesemua Lima penumpang disahkan meninggal dunia akibat impak letupan yang kuat..


Kapal selam Titan sebenarnya adalah ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic kat dasar Laut Atlantik tapi hilang semenjak Ahad lepas... katanya tekanan kat Dasar Laut sangat kuat tapi punca sebenar masih dalam siasatan...banyak serpihan ditemui kat dasar Laut dalam...

Kelima2 penumpang adalah Billionaire Britain, Hamish Harding (59 tahun) iaitu seorang CEO, pilot, explorer, adventurer dan pernah beberapa kali ke Angkasa lepas sebagai space tourist dan yang sangat terkenal kerana keberanian serta pemegang 3 Rekod Dunia Guinness, Jutawan Britain kelahiran Pakistan Shahzada Dawood (48 tahun) dan anak lelakinya, Suleman Dawood (19 tahun), CEO dan pengasas OceanGate (company yang mengedalikan ekspedisi) Stockton Rush (61 tahun) dan penyelam terkenal Perancis serta Pakar & pengkaji Kapal Titanic sehingga digelar Mr. Titanic dan pernah berpuluh kali mengikuti ekspedisi penerokaan bangkai kapal Titanic, Paul-Henry Nargeolet (77 tahun).

Pakej mengenakan bayaran AS$250,000 (RM1.169 juta) untuk setiap orang bagi merasai pengalaman meneroka kawasan ‘persemadian’ Titanic...

kredit page rizal hakim










Comments