The Preparation Korea Movie


Tajuk: The preparation 
Tahun: 2017
Durasi: 1 jam 55 minit 

Kisah sebak mengenai seorang ibu yang sehabis kudrat membesarkan anak oku dia. 

Sampai besar anaknya di tatang bagai minyak yang penuh. Tidak pandai berdikari. 

Mempunyai seorang lagi anak perempuan yg normal, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tapi sudah bercerai. Dia seringkali bertengkar dengan maknya kerna dia mengganggap maknya melebihkan adiknya yg oku lebih dari dia. 

Suami? 
Dah mati dah. Masa dia mengandung anak dia yg oku ni, dia tengah uruskan suami yg tengah sakit. So dia macam menyalahkan diri sendiri. Mungkin sebab dia tak jaga kandungan dia anak dia jadi macam tu. 

Suatu hari, mak di sahkan ada kanser dan harus menjalani pembedahan segera. Jika tidak mungkin hayatnya tinggal 6 bulan shj lagi. 

Ini bukan fasa dia untuk bersedih. Dia terus mengajar anak lelakinya oku tu berdikari. Persediaan apabila maknya mati nanti. 

Mula2 ajar, semuanya ok. Tapi suatu hari, anaknya yg oku tu merasa lain dan tidak lagi mahu berdikari. 

Adakah anaknya boleh hidup sendiri berdikari? 
Adakah maknya tu berjaya dalam pembedahan atau sebaliknya? 

Sedih cerita ni tang part last2 tu. memang mengalir air mata. 

AMARAN! 
Movie ni memang trigger. So kalau korang taknak nangis. Jangan tengok. 

IMDB RATING: 8/10 


#norareviewmovie


 

Comments