NANDHI (2021)

 NANDHI (2021)

Durasi: 2 jam 14 minit 


Cerita dia pasal polis salah guna kuasa. 


Suka hati polis tu je nak tangkap muat surya  yang tak berkaitan dengan kes bunuh sorang peguam. Suruh surya mengaku dia yg lakukan pembunuhan. 


Gila kan? 🥴


Di belasah separuh mati suruh mengaku. Memang tak lah surya nak mengaku sebab bukan dia buat dan dia tak tahu menahu pun siapa peguam tu. 


Surya duk hidup elok je dengan mak ayah dia. Baru dapat keje. Rancang nak kawen. Baru nak suprisekan mak ayah dia rumah baru. Baru nak happy2 kan mak ayah dia. Tapi kegembiraan tu musnah sekelip mata. 


Selepas mak ayah surya merayu suruh lepaskan surya, polis tak endahkan pun. Mak ayah tu curah minyak petrol 1 badan dan tekad akan bakar diri kalau anak dia tak keluar dari balai tu. 


Lepas mak ayah dia mati, awek dia kawen lain. Dia pun kena penjara 5 tahun. Mak ayah surya mati bukan sebab diorang bakar diri sendiri tau. Dah tu? Siapa bakar? 😎


Lepas 5 tahun sia2 duk dalam lokap, ada peguam nak tolong kes dia ni. Memula dia taknak. Yelah. Nak buat ape kalau menang kes pun semua yang dia sayang dah takde. Tinggal sorang je sepupu dia. 


Dengan seksyen 211 diorang lawan dan nak polis yang anaya dia dulu tu kena tindakan undang2. 


Tapi tak mudah ye sebab polis tu samseng kot. 😅😑


Korang rasa apa ending movie ni? 

Dapat ke surya keadilan? 


Movie ni “habis” cerita dia. Takde tersangkut perasaan geram pun kat hati. 


Keganasan polis dalam cerita ni sama macam movie VISARANAI tapi VISARANAI tu kesian lagi movie dia. 


#norareviewmovie 



FULL MOVIE TEKAN SINI >>>KLIK SINI<<<

Comments

  1. Stress tengok cerita macam ni tapi selalu ending mestila yang baik menang. Kalau tak bakar panggung. Haha

    ReplyDelete

Post a Comment