Nishabdham Full movie with sinopsis


#norareviewmovie 

Tajuk: Nishabdham (silence)
Tahun: 2020 
Durasi: 2 jam 5 minit 
Genre: misteri/seram/thriller 

Mengisahkan misteri kematian seorang billionaire dan kehilangan ramai wanita. 

Sakshi adalah seorang anak yatim piatu yang pekak dan bisu, mempunyai kawan baik nama sonali. 

Konflik bermula bila mana sakshi ditawarkan menjadi pelukis dan sonali tidak rela berpisah. 

Lukisan pertama nya di beli oleh , seorang jutawan nama anthony dengan harga 1 juta. Sejak pada tu diorang jadi makin rapat. 

Tragedi berlaku semasa sakshi dan anthony pergi ke rumah berhantu untuk mengambil potret lukisan. 

Anthony Di temui mati tergantung sama macam kejadian berpulun tahun dulu. Sebab tu orang sekeliling mula panik, adakah dia di bunuh oleh hantu yg sama. Roh jahat masih ada dalam rumah tu ke? 

Dia punya syok cerita ni tang nak cari siapa pelaku dan kenapa dia buat macam tu. 

Ohye, sonali pun hilang ye dan memula tu memang kita rasa sonali yang bunuh anthony tapi bukan! 😅

Sis yakin korang semua pasti tak percaya siapa pelaku dia dan tak boleh nak teka dari awal. 

Kes ni rumit sebab ketua polis dia tak ambik port sangat. Kenapa polis tu tak ambik port sangat? 

Hantu ke manusia? 
Kawan baik ke musuh sendiri? 
Kenapa tiba2 sakshi dan anthony nak pergi ke rumah berhantu tu? 


Imdb rating 3.8/10 je tapi movie ni best jugak nak layan. Bagi sis rating dia boleh pergi ke 8.2/10 bab misteri mencari siapa pelaku dia tu. 

Korang boleh tengok di PRIME. 
NETFLIX sis tak sure ade ke tak. 
Telegram mungkin korang boleh request dengan admin korang. 

Nah sis belanja sikit movie ni supaya korang tak tersalah movie pula nanti:


Till then. Enjoy wathing movie 🤗


Comments