ENGLISH VINGLISH FULL MOVIE WITH INDO SUB



Tajuk: English Vinglish
Tahun: 2012
Durasi: 2 jam 13 minit 

Kisah ni kisah kekeluargaan. Shasi ni seorang isteri yang normal lah. Tak moden. Sentiasa dengan sari. Sebab anak2 dah besar, dia buat laddu secara kecil kecilan dan jual. 

Walaupun dia pandai masak. Seorang isteri dan ibu yg baik tapi dia tetap di pandang rendang oleh suaminya satish dan anaknya sapna. Hanya kerna dia tidak fasih berbahasa english. 

Dia selalu jadi bahan ketawa meraka jika ada hal berkaitan english. 

Suatu hari, ada majlis kahwin di new york. Disebabkan suami dia ada kerja dan anak2 nya belum cuti sekolah, so dia terpaksa pergi sendiri ke NY. 

Memula dia takut nak pergi sebab dia tak tahu nak komunikasi kat sana tapi suaminya memaksa. 

Dia pergi jugak ke NY. Mujur anak buahnya yg nak kawen tu sporting. Byk bantu dia. Pernah juga dia dimalukan ketika nak memesan makanan. 

Tapi dia tekad untuk belajar bercakap english. Dia kenal dengan kawan baru. Dan juga lelaki perancis yg jatuh hati dengan dia. 

PERSOALAN NYA, 

1. Apa motif movie ni nak tunjukkan?
2. Dapat ke shashi belajar english dalam 4 minggu? 
3. Adakah shashi akan berubah sbb ada lelaki yg suka kan dia? 
4. Dapat ke shashi survive di kota NY? 


IMDB rate: 7.8/10

Cerita ni boleh jadi motivasi dan juga pengajaran kepada kaum suami. Sila ajak suami anda tengok bersama. Jangan pernah sekali gelakkan kekurangan isteri padahal banyak lagi kelebihan dia 😎

Kalau nak tengok movie ni, klik sini:

#norareviewmovie 

THANK YOU FOR LIKE COMMET. & SHARE ❤️

 

Comments