DOULA MENANG SAMAN FITNAH 230K

 





Doula Masyitah Menang Tuntutan Saman Fitnah Ke Atas Doktor Sakinah Sulong. Defendan Diarahkan Membayar Gantirugi Berjumlah RM230,000
Alhamdulillah sesi pendengaran keputusan saman fitnah oleh Doula
Masyitah Md Hassan
vs Doktor Sakinah Sulong telah berjalan lancar jam 12.00 tengahari ini, Isnin 26 Oktober 2020.
Mahkamah mendapati Sakinah Sulong telah memuatnaik pernyataan fitnah terhadap Doulamas berdasarkan posting Facebook beliau pada 7, 8 dan 12 Feb 2018.
Setelah menimbangkan segala hujahan pihak peguam Plaintif dan Defendan, mahkamah telah mengarahkan Defendan (Sakinah Sulong) untuk (ringkasan);
1. Membayar ganti rugi Am kepada Plaintif - RM100,000.
2. Membayar ganti rugi Teladan (Exaggerated, Examplary, Punitive) kepada Plaintif - RM100,000.
3. Membayar kos kepada Plaintif - RM30,000.
4. Memohon maaf kepada Doulamas dalam tempoh 7 hari melalui FB Defendan.
5. Perintah injunksi untuk tidak menerbitkan apa-apa kenyataan mengaitkan Doulamas dengan kejadian kelahiran dan kematian bayi 4 Feb 2018.
Semoga dengan keputusan Yang Arif, maka terungkai segala tuduhan Defendan yang menuduh Doulamas terlibat dalam kejadian kelahiran di rumah pada 4 Feb 2018 serta merungkai tuduhan yang mengaitkan Doulamas dengan kematian bayi tersebut.
Semoga keputusan ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan tidak dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
#fightuntilwin

CREDIT TO FB MUHAMMAD ZAKI OMAR


Sujud syukur pada Allah SWT yang sentiasa mendengar doa- doa hambaNya😭
Setelah hampir 3 tahun saya berjuang menuntut keadilan, akhirnya melalui Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Johor Bharu, maka keputusan kes saman fitnah saya diumumkan.
Ini kes yang kedua saya menang selepas kes saman fitnah yang pertama dimenangi di Shah Alam.
Boleh baca disini untuk Kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam : https://bit.ly/31IEkiv
Allahuakbar
Pertamanya, saya ucapkan setinggi terima kasih dan syukur ( rasa nak
peluk
😭), mak ayah yang sentiasa doakan saya. Teringat ayah kata, ayah solat hajat hari-hari. Ayah pesan Solat Tasbih jangan tinggal😭
Mak Abah mertua yang sangat baik hati dan sentiasa doakan saya dan suami😭
Paling utama Suami saya
Muhammad Zaki Omar
yang paling kuat membantu saya dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi hebatnya kecaman netizen.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada peguam-peguam saya yang sangat professional dan berkerja keras bagi membantu saya, Cik Irna & Puan Izzaida.
Setinggi-tinggi ucapkan Jazakkallahukhairan Kathira pada sahabat-sahabat terutamanya kalangan Pro Choice yang sentiasa di belakang saya terutama pada saat-saat getir saya difitnah sehingga saya mengalami tekanan jiwa di saat menunggu kelahiran anakanda Safwan😭
Kalian terlalu ramai. Maaf saya tak dapat sebut nama satu-satu sebab takut ada yang tertinggal.
Terlalu ramai yang menyokong saya dan mereka ini Allah hadirkan tanpa saya sangka-sangka di saat saya kehilangan ramai kawan-kawan lama sejak dari zaman sekolah dan Universiti kerana mereka mempercayai fitnah.
Setiap kali jika teringat kisah 4 Febuari 2018 sakitnya masih ada. Student yang masuk kelas sahaja nampak air mata saya susah nak disapu jika berkongsi cerita ini.
Bagaimana saya dituduh sengaja menghasut ibu yang mempunyai kehamilan songsang untuk bersalin di rumah.
Bagaimana saya dituduh membuat servis doula pada ibu yang bersalin itu.
Bagaimana kejadian itu diandaikan seolah-olah kejadian sengaja mahu bersalin rumah sehingga menyebabkan kematian bayi.😭
Teringat - ringat lagi bagaimana saya terpaksa bersumpah dengan nama Allah, tapi mereka menghina-hina saya dengan kata-kata yang sangat menyesak jiwa.
Allahumustaan..Allah Jualah sebaik-baik pemberi pertolongan❤️
Akhirnya, saya berpuas hati dapat diadili di mahkamah yang mulia.
Dengan diwakili peguam, saya dapat lampirkan semua bukti dan saksi-saksi bagi pihak saya iaitu ibu dan ayah yang kematian bayi itu sendiri.
Defendan ( Sakinah Sulong) juga telah berpeluang membentang pelbagai bukti yang beliau katakan di media sosial selama ini.
Bukti medical record ibu, bukti rakaman CCTV, saksi-saksi dari staff hospital yang ada semasa hari kejadian, dan juga doktor yang merawat Ibu bayi berkenaan.
Semuanya sudah dijelaskan selama berjam-jam perbicaraan
Kedua- dua pihak sama ada saya ( Plaintif) atau Sakinah ( Defendan) sudah diberi ruang selebar-lebarnya oleh Yang Arif
Hari ini mahkamah sudah menetapkan keputusan bayaran ganti rugi berjumlah sebanyak Rm 200,000 dan Kos sebanyak Rm 30,000 dari Defendan kepada saya
berserta permohonan maaf terbuka dan perintah injuksi tidak mengaitkan saya lagi dalam kes 4 Febuari 2018
Semoga keputusan Yang Mulia Hakim ini dapat menutup semua kata- kata nista dan fitnah kepada saya selama ini.
- DOULAMAS-


Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat"
(Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)
Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Comments