SYARAT PEMILIHAN MURID KE SBP?




Pemilihan adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam PPSR.

UPSR akan menjadi sebahagian sahaja daripada komponen PPSR (dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan), dan 3 komponen yang lain ialah PBD, PAJSK, dan PPsi.

Sebab itu ada calon 6A yang tak dapat masuk SBP manakala yang dapat 3A pula diterima, kerana bukan keputusan UPSR semata-mata yang jadi ukuran.

Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada;


1) (IQ) kecerdasan intelektual
Ukuran kemampuan intelektual, rasional & logik

2) (EQ) kecerdasan emosi
Ukuran kemampuan emosi sendiri & terhadap org lain

3) (SQ) aspek kerohanian dan kemahiran sosial.
Ukuran kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian

4) Pengetahuan am

Soalan-soalan yang akan diuji dlm UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama.

** Tips !
Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.

Untuk soalan Pengetahuan am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara, dll.

Untuk soalan math, pernah masuk peratus, operasi bergabung, nisbah, sudoku.

Sains ada juga minta huraikan proses fotosintesis, tentang lung and gill.



*kredit pada grop FB sekolah asrama penuh & mrsm malaysia

Comments