DEEPWATER HORIZON MOVIE



PELANTAR MINYAK MELETUP! 


Movie lama ni tapi syok juga tengok. Memang suspen cuak aje sampai habis. Takde sikit pun cerita dia buat korang rasa mengantuk. 


Bila dia tunjuk keadaan gerudi minyak yang beribu kaki dalam laut tu. dengan sound effect dia tu. dengan bunyi skru2 longgar. Gerudi bergegar. Woah! Seram dia lebih seram tengok cerita seram. 



Diorang nak gerudi minyak tapi gerudi tak ready lagi. Bila run test memang pressure tinggi maknanya aktiviti gerudi minyak tak boleh nak teruskan tapi sebab takde lelehan lumpur keluar so, 1 mamat ni mendesak suruh teruskan sebab dah delay. Nanti diorang rugi katanya. 


Berbelah bagi nak teruskan atau pun tidak tapi dengan berat hati jimmy kata ok. Kerja menggererudi di teruskan. Memula ok. Tapi tetiba lelehan lumpur mula keluar dan sekelip mata ada pancutan lumpur keluar memancut kuat gila sampai nak ke awan. Semua dah hura hura. Keadaan pelantar dah semak! 


Kalau lumpur shj ok lagi tapi lumpur berminyak plus api! 


Meletup sana sini. Memang tak senang duduk kita tengok. 


Apa nak jadi pelantar tu? 

Apa jadi pada krew pelantar?



Dah tengok? 


MOVIE: DEEPWATER HORIZON

TAHUN: 2016

DURASI: 1 JAM 47 MINIT


Boleh tengok kat NETFLIX 📺

Takde netflix boleh tengok sini: LINK MOVIE


Dokumentari real story deepwater horizon: LINK DOKUMNETARI


Movie reveiw lain boleh tekan hastag ni #norareviewmovie 🎀


Bagi sis movie ni memang syok tengok. Sound effect clear baru tambah syok tengok movie ni. Tapi agak trigger lah pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang keje kat pelantar minyak. Memang takut suasana dia. Mike yang sebenar pun dah tak keje dengan pelantar. Trauma kot. 


Movie ni adaptasi dari kisah benar kejadian deepwater horizaon yang terbakar selama 87 hari  pada tahun 2010 yang mengorbankan 11 nyawa dan 17 org cedera. 




 

Comments

Post a Comment