KANITHAN MOVIE



Tajuk: Kanithan
Tahun: 2016
Durasi: 2 jam 16 minit



Cerita dia pasal gautham, yg nak jadi wartawan dekat BBC. Baru gaji banyak. Baru ayah dia bangga dengan dia. Interview dah 2 kali tapi tak lepas2 jugak. Ayah dia dah putis harapan dengan dia ni. 
Tapi dia taklah melepak takde keje, dia kerja jugak sebagai wartawan tapi syarikat kecik jelah, SKY TV.


Masalah bermula bila tiba2 dia kena tangkap dengan polis atas kesalah menipun wang pinjamanan pendidikan sebanyak 1.3 juta menggunakan sijil palsu.
Dia ni tercengang lah sebab dia belajar betul. Sijil yg tergantung kat dinding rumah dia pun ori. Ape pasal pulak dia kena tangkap?
Bukan dia sorang masa kena tangkap tu, ada lagi 5 orang. Masa otw ke balai tu, ada satu kejadian sadis berlaku sampai kes gautham di gugurkan tapi dia still kena bayar duit 1.3 juta tu.


Ayah dia dah tepuk dahi. Macam mana diorang nak bayar. Gautham pun takde arah tapi ade sorang pakcik dia ni polis dan sorang lagi kawan dia ni peguam.
Diorang dua ni lah suruh gautham siasat siapa dalang di sebalik pemalsuan sijil dan pinjam bank ni. 

Gautham pun mula lah meyiasat cara dia. Sampai dia tahu siapa dalang nya.
Sepanjang siasatan dia ni, ada ramai yg mati termasuk org yg dekat dgn gautham


Macam mana cara gautham siasat?
Dapat ke gautham tangkap siapa kepala sindiket ni?
Apa yg jadi pada kepala sindiket penipuan sijil ni?
Gautham terlepas tuduhan ke nanti?
Kalau korang nak tengok full movie boleh tengok sini.
https://www.facebook.com/faiz.kimy.79/videos/119576815989237/?extid=3qJpxvVCLjbggpl1
#norareviewmovie 





Best jugak cite ni nanti dia tunjuk sikit camne diorang memalsukan sijil yg ori. “Menghidupkan” org yg dah mati
Kes ni jadik jugak kat negara kita.
Sijil doktor palsu
Sijil phd palsu
Ic palsu
Lesen palsu
Banyak lagi lah yg palsu
Akibat dia?
Tu yg rongak gigi orang sebab buat braces kat doktor gigi lepasan university of youtube

Comments