GAMBAR BABY SITI NURHALIZA DI MUAT NAIK TANPA IZIN - Denhanda

20 Mar 2018

GAMBAR BABY SITI NURHALIZA DI MUAT NAIK TANPA IZIN

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor


Memang tak dinafikan semua org tertunggu tunggu nak tgk wajah anak TOKTI tapi ade juga yg tak bertanggungjawab menyebarkan gambara anda TOKTI ketika masih berumur 2 hari.


ingatkan nak ikut sunah nabi tapi ada yg tak sabar2 pula.


diharapkan kisah ini dijadikan pengajaran.
Biarlah TOKTI dan suami yg upload gambar anak mereka.

tu hak mereka sebagai ibu dan bapa.
kalau TOKTI dan suami boleh tungu berbelas tahun, kenapa kita tak boleh nak hormat privacy dia dan tunggu 7 hari?


semoga tokti sihat2 and tak stress sgt dgn isu ini :)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger