Masalah Makan Diri - Denhanda

18 Jun 2013

Masalah Makan Diri

Hidup kita di dunia ni memang tak lari dari masalah
Dari sekecil kecil masalah hinggalah masalah besar.
Besar atau kecil masalah itu terpulang kepada si empunya masalah.



Cth masalah kereta rosak
Jika orang yg memang berduit itu hanya masalah kecil bagi merek. Hantar bengkel, byr, selesai.
Jika orang yg sedang2, mereka anggap ini masalah besar untuk mencari bengkel yg murah dan mencari duit nak bayar kpd bengkel.

Jika ada orang boleh bagitau saya siapa dalam dunia ni tidak mempunyai masalah maka sy akan selambur akan menggelar org itu ORANG GILA.
Ya! Hanya org gila shj yg tiada masalah keran otak mereka tidak berfungi dengan normal.
Mereka hanya tahu makan ketika rasa lapar dan bermain untuk menghiburkan diri.



Orang yg terlalu memikirkan masalah akhirnya masalah akan memakan diri.
Masalah tak selesai tapi masalah lain pula yg menjelma.
Selalu dengar rungutan rakan2.
Aku ada masalah, aku ada masalah …….
Tapi kadang2 kita tak tahu sebesar mana dan macam nk selesaikan masalah nya tu sebab kadang2 jika kita terlalu memikirkan masalah makan 1 masalah akan bersangkut paut dengan yg lain.

Kita sering memikirkan keburukan dari kebaikan.
Kalau buat sesuatu sering memikirkan benda negative yg akan terjadi dengan mengendahkan benda positive yg akan berlaku.

Kata orang2 tua2 beringat sebelum kena.
Itu pasal kita selalu memikirkan masalah sedalam dalamnya.
Kita bukan memikirkan macam mana nak selesaikan tp macam mana nak berhentikan masalah tu dari diri kita.

Masalahnya sekarang masalah tidak akan keluar dari hidup seseorang.
cuma bagaimana seseorang itu menangani masalah dan cara dia nak selesaikan masalah tu la masalah dia sebenarnya.



Semua orang fikir orang kaya tiada masalah dan orang miskin banyak masalah.
Anda silap! Dan itu adalah auta!

Sebenarnya masalah tidak hanya dating pada orang miskin dan orang kaya adalah orang yg tidak lepas mempunyai masalah juga.
Ada yg miskin tidur lena di mlm hari walaupun Cuma beralaskan lengan tapi hati senang gembira kerana mereka redha dengan hidup mereka.
Ada yg kaya tapi malam tidur tidak lena walaupun mereka tidur beralaskan tilam vono dan beraircond.

Masalah tidak pernah selesai. Masalah akan tetap dalam hidup kita sampai kita tutup mata.
Kita hanya perlu tahu untuk mengendalikan masalah yg dihadapi dengan sebaik baiknya.

Kalau tidak masalah2 itu akan memakan diri.

Take positive and do positive .



report this fan group ---> REPORT

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger