Buat Baik Perlu Balasan? - Denhanda

16 May 2013

Buat Baik Perlu Balasan?



zaman sekarang susah sangat nak cari manusia nak akan tolong kita tanpa balasan.
kadang2 saya takut nak ambil pertolongan dari orang yang tidak dikenali mahupun sudah lama kenal.
yang dah lama kenal segan pula jika tidak membalas 
yang baru kenal takut pula jika ada udang disebalik batu.

manusa zaman sekarang tidak boleh diduga akal.
buktinya ramai sangat kezaliman yang dipaparkan di kaca tv, di ruang internet dan macam macam lagi sumber informasi.

bunuh membunuh macam bunuh semut yang berbisa.
Allah....
apa nak jadi dengan dunia sekarang.
si pelaku, kenapa begitu? kenapa perangaimu begitu.
sy yakin si pelaku tidak sebatang kara.
jika bagaimana ahli keluarganya yang dekat mahupun jauh diperlakukan sebegitu rupa juga?

semuanya berubah.
susah sangat nak jumpa orang yang menolong secara ikhlas 
namm begitu masih ada yang berhati mulia.

kerna kita manusia memang telah diterapkan hati yg suci bersih semasa dilahirkan.

pernah minta tolong kepada adik beradin pun berkira.
minta dihantar ke sini, duit minyaknya kita punya.
berfikir baik mungkin memang minyak keretanya sudah habis dan dia belum dapat gaji.

tapi benar juga kata orang, buat baik dibalas baik.
walau kita tidak membalasnya budinya pada masa yg sama tp pasti kita akan terkenang jasa budinya jika dia pula di dalam kesusahan.

berbuat baiklah kamu sesama makhluk.
itu amat dituntut dalam mana2 agama sekalipun.

orang baling batu kita bagi emas.
biarlah org kata kita gila asalkan kita tidak jadi seperti mereka.


so guys, stay positive, do positive ! :)

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger