APA TANDA SAKIT PNEUMONIA? - DENHANDA

10 Jan 2020

APA TANDA SAKIT PNEUMONIA?


Korang tau tak? yg hitam2 kat dada tu kan? tu tanda paru2 kita memang ada masalah.
masalah tu sama ada infection ke mucus ke ape ke..
so kalau ambik xra dada tu, tengok ada hitam sikit pun dah bahaya tau!
apetah lagi kalau hitam sepenuhnya macam ni 


PNEUMONIA PENYAKIT BERBAHAYA MENYERANG KANAK-KANAK DALAM SENYAP YANG SERING DIPANDANG RINGAN OLEH IBU BAPA
.
.
Apa itu pneumonia dan simptom-simptom jangkitan nya?

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pneumonia ni ialah jangkitan kuman pada tisu paru-paru yang mudah menjangkiti kanak-kanak.




⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Simptom-simptom jangkitan pneumonia ni ialah:
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
1. Demam panas lebih daripada 38°c.

2. Batuk 'dalam' dengan atau tanpa kahak.

3. Sakit dada.

4. Hilang selera makan (bagi kanak-kanak), menolak susu (bagi bayi).

5. Rasa tak sihat, selalu merengek.

6. Susah nak bernafas, atau bernafas dengan laju dan berbunyi.

7. Muntah atau cirit-birit.
.
.
Pada tahun 2016 je, lebih 880 000 kanak-kanak dicatatkan meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman dan bakteria pneumonia.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Dan menurut suatu kajian yang dijalankan di Eropah, penyakit pneumonia ni akan menyebabkan kematian lebih 11 juta kanak-kanak berusia bawah 5 tahun menjelang hujung dekad akan datang.
.
.
Ramai ibu bapa sering salah anggap simptom-simptom ni dengan simptom anak demam biasa atau batuk dan selesema.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Jadi ramai ibu bapa yang anggap simptom-simptom tu boleh dirawat dengan ubat batuk dan paracetamol yang dibeli di farmasi.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Sebab tu, ibu bapa seharusnya lebih peka dalam mengenal tanda-tanda penyakit pneumonia bagi mengelakkan kesan dan akibat daripada bakteria ni.
.
.






Bakteria ini menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk

1. Jangkitan / radang paru-paru.

2. Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).

3. Sepsis (jangkitan dalam darah).

4. Sinusitis (jangkitan pada sinus).

5. Otitis media (jangkitan telinga tengah).
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Secara umumnya jangkitan pneumokokal yang serius boleh mengakibatkan kematian atau pun cacat kekal.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Lain-lain kesan jangka panjang adalah seperti mengalami terencat mental, pekak, lembam dan paralisis.
.
.
Apa tindakan ibu bapa yang sewajarnya?
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pernah dengar kata-kata "mencegah lebih baik daripada merawat"?
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Ya, itu lah ape yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Penyakit pneumonia ni sebenarnya boleh dicegah dan dikurangkan gejala jangkitannya dengan memastikan anak-anak diberi vaksin pneumococcal seawal usia dua bulan.
.
.
Sebab bayi yang kecil ni mempunyai sistem imunisasi badan yang sangat lemah.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Selain daripada memperoleh antibodi daripada penyusuan ibu, bayi juga perlu dibekalkan dengan vaksin sebagai bantuan untuk membina sistem imunisasi badannya sebab tak semua antobodi boleh dibekalkan daripada badan ibu.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

.
Waktu yang sesuai untuk ambil vaksin pneumokokal ini adalah pada:

- 2 sehingga 6 bulan (4 dose)

- 7 bulan sehingga 1 tahun (3 dose)

- 1 sehingga 2 tahun (2 dose)

- 2 tahu
n ke atas (1 dose)




so, jangan lupa pantau kesihatan anak2 ye.
kalau boleh ambik vaksin sekali.

tapi tahun 2020 ni vaksin ni free untuk yg lahir 1.1.2020

untung! sebab vaksin ni mahal
1 shoot RM200++ depends klinik .



No comments:

Post a Comment

SABUN GHAR BRAND KADAH

SABUN GHAR BRAND KADAH

Rakan Blogger

SABUN NATURAL 100% OLIVE OIL & LAUREL OIL SHJ!!