DUIT DALAM CIMB HILANG - Denhanda

18 Dec 2018

DUIT DALAM CIMB HILANG

Korang dah cek ke duit dalam bank cimb? dengar2 baca2 tengah viral sekarang duit hilang melaluit PAYPAL TRANSACTION.


Betul ke?
CIMB takan diam diri je? sebab baca2 bila kumpul2 boleh jadi puluh ribu juga duit netizen g lesap tau!

ni sedikit sharing fb post netizen g mengalami duit hilang dalam akaun secara tiba2.

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.  Image may contain: 1 person, text 


ini penjelasan dari seorang bekas software engineer,

HILANG DUIT CIMB!
Okay ni bukan Shaklee related, but tiap kali ada case on technology gini, mesti ada yang tanya Itah.
Yes, as bekas software engineer yang pernah jaga banking systems kat Malaysia ni, Itah boleh lah explain sikit nak bagi korang lebih jelas issue hilang duit CIMB ni 😊
Itah address 3 topik utama yang Itah nampak today. Apa yang viral? Recaptcha tu apa? Password salah pun boleh login?
1. Duit hilang banyak through Debit Card Transaction & Acc connected to Paypal
Issue CIMB Clicks ni actually timbul sebab over the weekend, ramai reported debit card diorang kena charge dengan pembelian apa-apa entah secara tiba-tiba AND yang mana ada acc CIMB connected to Paypal, diorang dapat message yang account Paypal ni kena charge bukan-bukan.
Issue mostly on CIMB Debit Card & CIMB account yang connected to Paypal. Betul ke ramai hilang duit? Rumours atau tak? Must be ramai affected la kalau tak takkan viral case ni kan. Ni bukan fakta sah daripada CIMB ye. Ni hot issues yang orang viral sekarang. And Itah bukan in a position untuk confirmkan betul atau tidak ye. Ni korang decide sendiri. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan 😊
2. ADDED SECURITY VIA RECAPTCHA
Yang ni la buat ramai confuse over the weekend. Sebab bila you pergi website cimb (cimbclicks.com.my), you akan nampak ada satu simbol biru bulat kat bawah. Orang ingat ni fake website sebab before ni takde benda bulat ni. So semua duk sebar rumors cakap jangan login bila nampak simbol bulat biru ni.
But this simbol actually dipanggil sebab reCaptcha. This is salah satu feature Google untuk lawan bots and potential spam. CIMB suddenly add on this function dalam website diorang secara tiba-tiba over the weekend.
My personal opinion? Bank takde saja-saja upgrade system gitu je. Headache tau tiap kali system update. Must be something triggered them untuk upgrade. Contoh when you have many users reported money missing, of course bank akan ambil sudden action to increase the security level.
Kalau korang nak tahu, orang nak hack account bank bukan senang. Takde satu dua kali teka password korang, pastu yeay dapat masuk! 🙅🏼‍♀️ Selalunya akan guna bot. Bot ni macam software virus gitu lah, which macam robot yang ditugaskan untuk curi data, spam website etc. Macam mana system nak tau you ataupun bot yang cuba untuk access account bank you? Haaa guna reCaptcha ni lah! reCaptcha ni akan perform ujian nak confirm betul ke tak manusia atau this bot yang nak akses website. reCaptcha ni hanya akan diactivate if system detect cara login you macam pelik je. Maybe banyak kali masuk password salah or apa ke.
And now CIMBClicks website memang dah protected by this reCaptcha ever since this weekend.
3. BOLEH LOGIN CIMBCLICKS DENGAN PASSWORD SALAH
Rumors cakap kita boleh access account CIMB Clicks kita guna password yang salah. Kat sini Itah nak korang faham. Bank ni bukan guna sistem cikai tau. CIMB pulak tu, one of giant bank in Malaysia. Do you think senang gitu je orang masuk password salah boleh login? CIMB have one of the top security and very complex system! (But of course la semakin canggih technology, semakin canggih system you dan system penyangak guna nak hack pun canggih sekali)
Untuk lebih tepat, sebenarnya bukan boleh login guna password salah. TAPI password salah selepas password betul ditaip.
Macam ni, before ni korang nak login acc, password kita limited to 8 characters je. Tapi bila issue hilang duit ni, CIMB add on reCaptcha dengan tambah sekali panjang password jadi 20 characters.
So let say, password betul you JemaH123, okay boleh login 
Dalam issue panjang 20 characters ni, kalau you masukkan huruf salah selepas password betul ni, you masih boleh login! Contoh, JemaH123Yeay , you memang boleh login! 
Tapi, kalau password asal pun salah, you masukkan lah macam mana pun belakang tu, still tak boleh login. Contoh, JemaB123Yeay , nampak kan password asal salah, you tambah apa pun kat belakang tak boleh login! 
So kalau orang nak login account you, memang diorang kena tahu password betul you dahulu. Takde senang gitu je nak login guna password salah. Sila upgrade password betul korang ye, bagi la susah sikit orang nak teka. 😌
CIMB dah explain dalam newsletter dia today :
Untuk password yg created sebelum 18 Nov,
system hanya akan check 8 character terawal je, pastu korang masukkan apa-apa huruf belakang tu memang system ignore. Asalkan 8 character depan betul  Ni lah yang orang duk bising padahal system password CIMB memang dicipta macam tu.
Untuk password yg created selepas 18 Nov, ikut password you pakai 8 ke, 13 ke, up to 20 character, system akan check semua characters sekali. So takde issue key in salah pun lepas masuk.
Nak senang, tukar lah password you jadi panjang mana you nak sampai hit 20 character. Confirm takde issue ni dah 😌
Kalau korang rasa CIMB ni kenapa tak upgrade system bagi appear incorrect password error if user masuk password salah selepas password betul ni, tu korang kena tanya CIMB sendiri.
Untuk buat any changes to the system, nak migrate one database to another, kena ada downtime. Downtime means completely down system, guna backup server to run etc.
Downtime ni bukan senang gitu je nak dapat. Especially bank. Bank system operate 24 hours. Tak pernah lah engineer minta downtime on the spot dapat. Could take weeks or months before finally management approved.
Sebab sejam system down, boleh rugi millions if tak carefully planned. So maybe diorang memang tengah plan nak upgrade bab password error cuma kita tak tau je. Tak semua benda kita tengok depan-depan ni semudah yang kita sangka 😊
Kesimpulan di sini, kalau korang masih tak percaya takut hilang duit dalam CIMB, move kan duit ke bank lain. Boleh je. Takde siapa cakap tak boleh 😝
CIMB ada release statements cakap duit hilang semua ni rumors je, and diorang added reCaptcha bagai ni saja je nak tingkatkan security.
Either nak percaya ke tak, my opinion is, when banking system suddenly detected ada small flaws (although they denied the hacking), normal lah bank akan cuba untuk put prevention measure and try recover balik from the damage. Issue duit hilang semua ni takkan berlarutan for few days. Bank ni kalau system problem even sejam dua pun habis semua engineer kena kerah kerja non stop to fix it.
And confirm boleh solved sebab IT support for banking bukan cikai-cikai. Kalau local team Malaysian engineers Level 1 tak boleh support, escalate terus pergi US support Level 2. Kalau tak dapat gak, terus ke Level 3. Selalunya Level 1-2 je dah settle. Ada protokol, ada emergency escalation semua which akan activated once ada emergency security case gini.
So I’m pretty sure CIMB dah did everything to secure all transactions and issue hilang duit ni dah under their top priority monitoring. Now maybe tengah nak recover from the lost money damages.
Kalau korang nak tahu macam mana duit hilang? Ni memang di luar bidang kuasa everyone untuk komen. Termasuklah Itah. Infos ni selalunya private to the bank itself. Kalau korang call hotline pun rasanya jawapan diorang akan bagi sila tukar password.
Macam mana nak prevent? Password kena betul-betul kuat, kena selalu tukar, jangan reveal TAC to anyone dan jangan guna your CimbClick ID as password. Tu je 😊
In the end, the choice is in your hand. Move your money to bank lain ke tak, it’s your decision. For me, Itah still biar duit Itah dalam CIMB sebab issue ni tak lama lagi senyap lah. Tiap tahun memang akan ada issue bank kena hack pun.
Again, not siding CIMB ke apa. Itah tak kerja CIMB pun 😌 Semua bank pun sama. Duit korang, pandai korang lah jaga hehe. Tak yakin bank memana move je duit sampai jumpa bank yang korang rasa betul yakin secured 100% (which quite impossible zaman sekarang ni)
Okay, harap korang paham ye serba sedikit mengenai kes ni 😊
Pape korang call je CIMB Hotline 0362047788. Get the right info from the source itself 👍
By,
Fakhitah Iqbal
kredit pada fb fakhitah iqbal

Image may contain: text

so korang mungkin memang ada percent netizen yg hilang duit secara tiba2 tapi report pada saluran yg betul insyaAllah duit akan dapat semula.

pada yg di kenakan cas PAYPAL boleh call PAYPALL MALAYSIA CARELINE utk pembatalan.

00 1 402-935-2050 - PAYPAL CARELINE


No comments:

Post a Comment

Rakan Blogger