BUDAK UPNM KENA FITNAH CURI LAPTOP DI "IRON" SEHINGGA MATI - Denhanda

5 Jun 2017

BUDAK UPNM KENA FITNAH CURI LAPTOP DI "IRON" SEHINGGA MATI

AL FATIHAH PADA ROH ARWAH ZULFARHAN, SEMOGA ROHNYA AMAN DI SANA.

Image result for budak upnm kena dera iron

Bagi DEN memang tak patut dan org yg buat ni bukan manusia.
Mungkin binatang yg serupa manusia!!


GERAM!!

badan melecur di iron?
kemaluan di iron?


YA ALLAH!!
betapa perit nya ARWAH sehingga nafas yg terakhir.
Tentu IBU BAPA arwah tiada air mata melihat melihat sekujur tubuh anak mereka diperlakukan begitu.


SEDIH! TIADA SIVIK!!

UPNM melatih seorang menjadi berdisplin bertangungjawab dan amanah.
Mana ciri2 yg telah diterapkan tu??


DEN harap pelakunya dan yg bersubahat kena hukuman setimpal.

PENJARA SEUMUR HIDUP!!!


Pesan DEN pada semua yg membaca ni,

AMBIL TAHU anak kita, adik beradik kita yg tinggal di ASRAMA sebab sekarang memang menjadi jadi plak SETAN bertopeng manusia ni.


TIDAK TAKUT ALLAH!!

semoga kita dilindung ALLAH sentiasa..ameeenn

Image result for budak upnm kena dera iron


Sepupu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan menyifatkan Allahyarham seorang yang aktif bersukan.
Mohd Nuridhuan Saadon, 30, berkata walaupun jarang bertemu dengan Zulfarhan Osman, namun, dia sering mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.
"Saya sangat terkejut apabila menerima berita kematian Allahyarham malam tadi. Kali terakhir bertemu semasa majlis perkahwinan seorang sepupu tahun lepas.
Saya memang jarang bertemu dengan Allahyarham tetapi sering bertanya khabar dan mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi Facebook dan Instagram di mana saya melihat Allahyarham aktif bersukan termasuk karate dan aktiviti berbasikal menerusi gambar yang dipaparkan," katanya.
Mohd Nuridhuan ditemui pemberita di perkarangan rumah keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman di Bandar Uda Utama, di Johor Bahru hari ini.
Dia yang tinggal di Kuala Lumpur tiba di rumah berkenaan tengah hari tadi bersama ibu, bapa dan isterinya dan menunggu jenazah Zulfarhan yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di Johor Bahru malam ini.
Menurutnya, Allahyarham Zulfarhan Osman juga merupakan seorang yang pendiam dan seorang yang hormat kepada orang tua.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia diHospital Serdang, 10 malam tadi dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berikutan itu, polis menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional bagi membantu siasatan lanjut.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger