CARA MOHON TAWAS, RM1500 UNTUK ANAK SELANGOR - Denhanda

13 Dec 2016

CARA MOHON TAWAS, RM1500 UNTUK ANAK SELANGOR



CARA CARA MOHON TAWAS UNTUK ANAK SELANGOR



boleh mohon melalui on9 TAWAS <-- KLIK UNTUK MOHON

bole direct ke pejabat di shah alam bangunan kebudayaan
syarat yg di perlu kan ibu bapa menetap di selangor lbh 5 tahun bg permaustatin

anak2 kelahiran SEL & KL boleh mohon
mohon sblum umur anak bawah 3tahun
lepas anak2 dah berumur 18tahun keatas boleh ambil tunai di pejabat tawas anak selangor







Mengenai TAWAS

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.



KAD SI MANJA



Kad ini merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus. Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibubapa/penjaga untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS.



Ibubapa/penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.



Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi




Penyata Simpanan TAWAS

Penyata bernilai RM 1500.00 ini dikeluarkan sebaik sahaja permohonan TAWAS telah disahkan lulus. Ibubapa/penjaga adalah dinasihatkan untuk mengambil penyata tersebut di Pejabat YAWAS pada bila-bila masa dengan bawa bersama dokumen seperti:

- Mykid;atau
- Sijil Kelahiran Anak;atau
- Kad SiManja (jika ada)

Ibubapa/penjaga dikehendaki menyimpan penyata ini bagi membolehkan Ahli TAWAS membuat tuntutan bernilai RM 1500.00 apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Sebarang kerosakan atau kehilangan hendakalah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi.
Makluman

Dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga Ahli TAWAS, berkuatkuasa pada 24hb Mac 2014, Sijil Simpanan Tetap TAWAS Ambank (FD) akan digantikan dengan Penyata Simpanan TAWAS seperti contoh di bawah:

Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM 1500 apabila mencapai usia 18 tahun. Ibu bapa/Penjaga ahli adalah dinasihatkan untuk mengambil Penyata Simpanan TAWAS tersebut pada bila-bila masa di pejabat YAWAS

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger