RAZIA SULTAN TV3 CERITA BENAR - Denhanda

26 Nov 2016

RAZIA SULTAN TV3 CERITA BENAR



Razia Sultan / Razia Sultana merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat-ud-Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240. Razia Sultan terkenal kerana dialah satu-satunya wanita yang pernah memerintah Kesultanan Delhi. Abang Razia Sultan adalah Nasiruddin Mahmud. Manakala Ruknuddin Firuz dan Muizuddin Bahram adalah abang tirinya.
Razia Sultan merupakan anak kepada iltamush Shams-ud-din. Ibunya bernama Qutub Begum. Ibu Razia Sultan merupakan anak kepada Sultan Delhi yang bernama Qutb-ud-din Aibak. Razia membesar dalam keadaan istimewa di mana keluarga sebelah ibunya merupakan pemerintah di Delhi.
Pemerintahan uknuddin berlangsung dalam jangka masa pendek. Pada 9 November 1236, Ruknuddin dan ibunya Shah Turkaan telah dibunuh selepas hanya enam bulan berkuasa. Golongan bangsawan membuat kata sepakat untuk melantik Razia sebagai Sultan Delhi.
Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai skil berperang. Razia Sultan akhirnya berkahwin dengan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia, kekasih yang amat dicintainya. Razia dan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia sudah lama kenal semenjak mereka kecil lagi
Dimaqamkan di Kaithal City, Haryana









So yang di tayang kat tv3 tu adalah kisah benar ye .

RAJA ISLAM PEREMPUAN YANG MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENINGKATKAN MARTABAT KAUM WANITA.


kisah benar. Dibuat filem sebb orng delhi sendiri sudah melupakan beliau. Pengorbanan beliau dan perjuangan beliau memperjuangkan hak wanita.. zaman beliau wanita di anggap tidak sempurna dan tidak penting. Maka Razia Sultan lah yang memperjuangkan hak tersebut..

Sehingga maqamnya kini dibiar bersemak samun tak di jaga.. walhal banyak perubahan yang beliau dah bawa.. jika ditanya org delhi sekarang ramai yang sudah tak mengenali siapa RAZIA SULTAN


No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger