DETECT IPHONE HILANG KENA CURI - Denhanda

22 Nov 2016

DETECT IPHONE HILANG KENA CURI

SMS SMS awal yang dihantar dalam bahasa Melayu. Perasan apple id saya tanpa id? Itu sebab mereka tak tahu apple id saya dan mereka perlukannya!

SMS berikutnya dalam bahasa inggeris. URL juga berubah

Kembali semual ke bahasa melayu. URL kembali berubah
kemudian dapat imsg dari icloudappleinc@icloud.com

Url juga berubah

Nombor dari 63001 yang juga digunakan pakai oleh Zalora, TMEF SME Tech, Google dan banyak lagi company

Jangan terpengaruh!

Drama bermula!!
You talk sounds very uncomfortable?

Adakah itu bahasa inggeris yang dipakai oleh seorang customer servis? Huuuu~~~

Ok la sangat =)

Salah satu contoh phishing site.

Please note url yang bukan dari icloud.com

Juga abang tajam ingatkan sekali lagi. Jangan klik dari link kalau perlu login ke icloud.com

Taip sendiri di dalam browser!
Sindiket curi Iphone & Apple ID, bagaimana untuk menanganinya?
Pada pertengahan bulan Oktober lalu, Iphone isteri tercinta saya, Etty Garib telah dicuridi sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur. Bagaimana ianya dicuri adalah sebuah lagi cerita yang boleh saya tulis. Apa yang penting apabila kami sedar iphone isteri telah dicuri, kami cepat cepat lock menggunakan apps “find my iphone”
Fast forward 2 minggu kemudian, kami dapat notification iphone kami telah dihidupkan dan ianya berada di Vietnam. Kami yang pada ketika itu memang dah tak berharap sangat nak dapatkan phone tu balik, tiba tiba terasa terkejut apabila kami dapat sms juga pada hari yang sama dari “pihak apple” untuk login apple id dan password kami untuk tahu lebih lanjut lokasi iphone kami berada.
After saw multiple phishing site, in an instance saya dah dapat agak this is one of them, dalam cubaan mereka untuk unlock iphone kami!
Untuk yang tak tahu phishing adalah cara hacker untuk mendapatkan data data sensitif dari orang lain seperti kata laluan, password, credit card info untuk kegunaan yang tidak baik. Kalau anda biasa pakai maybank2u atau cimbclicks, cara yang sama juga akan digunakan untuk mengelirukan orang.
------
Di sini pengajaran yang boleh saya dan isteri dapat adalah;
1) Lock phone anda menggunakan apps rasmi “find my iphone” secepat mungkin bila menyedari iphone anda telah dicuri
2) Kalau takda iphone lain, pergi ke pc personal anda yang berdekatan dan taip url berikut; (https://www.icloud.com/), dan lock juga menggunakan tab “find my iphone”
3) Masukkan nombor orang lain (your spouse, family) untuk contact lock iphone anda. Ini juga penting supaya lebih mudah anda mengenali sms phishing. Semua mesej mereka akan dihantar ke nombor orang tersebut bukan nombor anda!
4) Jangan sesekali masukkan kata laluan apple id dan password ke dalam website yang anda dapat dari link. Walaupun anda nampak sms atau msg yang anda nampak tu memang authentic dari apple. Ini sangat penting!
5) Walaupun anda dah lock, kemungkinan iphone anda boleh dihidupkan tanpa detection juga adalah besar.
6) GPS hack bukan hanya boleh digunakan untuk perisian “pokemon go”, juga boleh mengelirukan “find my iphone” apps.
7) Sms yang mereka hantar untuk umpan ke phishing site mereka datangnya dari 63001, nombor yang sama digunakan oleh kebanyakan syarikat syarikat besar untuk sms utama mereka. Saya pernah dapat verification code untuk google, facebook, zalora dan bermacam lagi dari nombor ini.
8) Mereka akan akhirnya akan hantar email / imessage / email dari icloudappleinc@icloud.com yang mengatakan mereka adalah dari pusat khidmat pelanggan apple dan kita dikehendaki menyerahkan kata laluan dan password.
9) Sekali je anda masukkan kata laluan dan password yang betul ke dalam phishing site tu, bukan hanya iphone anda akan diunlock, apple id anda juga akan digunakan untuk kegunaan lain seperti pembelian secara maya dan sebagainya.
------
Lihat dari gambar gambar yang saya sertakan di bawah, at least 5 phishing site digunakan oleh mereka untuk mengelirukan saya dan isteri
Juga screen shot perbualan antara saya and the so-called Jack from Apple.
Saya juga percaya strategi mereka akan berubah ubah mengikut perkembangan semasa. So kalian, berhati hatilah.
------
Jika anda rasa post ini bermanfaat buat anda, family dan rakan rakan anda, tolong repost dan share. Jangan kopipes yer!
Yang benar
Taufiq Zakir
Aka Abang Tajam
p/s : Abang Tajam merupakan pengguna tegar Samsung clampshell phone sejak tahun 2001 masa orang sibuk sibuk pakai Nokia. Sekarang abang tajam adalah seorang user Apple sejati.


#findmyphone #fonkenacuri #phonekenacuri #carifonhilang #detectphonehilang #iphonehilang

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger