KESAN BURUK AIR KETUM - Denhanda

12 Oct 2016

KESAN BURUK AIR KETUM


"Dah ke anda try minum air Daun Ketum? Apa BAIK BURUK & KESAN SAMPINGnya?"
Doc sedih hari ni sbb ramai pesakit doc yg Ketagih Air Daun Ketum adalah bangsa doc sendiri yg doc kasihi. Ramai dah ketagih memohon doc tolongkan. Doc harap yg belum mencuba...JANGAN le TRY langsung ye!! KEBURUKAN serta KETAGIHAN amat susah diubati.

U all tau dak...Air daun ketum senang je dibuat. Bapanya pi cari daun ketum banyak dihutan Msia. Emaknya tolong rebus je daun tu. Anaknya tolong bungus je. Bila di bungkus dlm plastik nampak cam air tebu je. Sebungkus RM 3 ke 5 je.
Famili business. Mudah bukan. Tpi salah disegi undang2 tau!!


Ni doc bgi sikit info mengapa jadi ketagih bila start ambil daun ketum?
A. Pokok Ketum/Pokok Biak (Inggeris: Kratom) tumbuhan drp famili Rubiaceae. Banyak di utara & tengah Semenanjung Malaysia diguna sbgai UBAT TRADITIONAL:
1. Daun Ketum direbus & airnya diminum sbgi pemulih tenaga selepas bersalin, rawatan angin dlm badan & sakit urat.
Untk lelaki ia bagi POWER tenaga batin & elak premature ejaculation nya & tahan lama. Ni yg buat ramai lelaki suka tu.
2.Merawat cirit birit, demam & batuk,
Sbgai ubat cacing, tingkatkan selera makan, tambah tenaga untk kerja berat.
B. Ni doc nak habaq mcm2 style cara mengambil Ketum:
• Daun segar dikunyah bersama sirih.
• Daun kering dihisap bersama tembakau.
• Daun direbus & minum sbgai sirap/ teh.
• Serbuk daun ketum diletakkan pd lidah untk beri kesan gian/high.
• Ekstrak mentah ketum dibentukkan pil ditelan/dicairkan dlm air panas.
C. Kegunaan Ketum dlm perubatan:
•Digunakan untk hentikan penggunaan drug narkotik beransur2; penagih akan henti ambil dadah, keinginan (gian) & gejala ketagih dikurangkan.
D. Doc nak bgi tau pasal mengapa terjadi ketagih dgn ketum?
Dgn daun Ketum membuat anda ketagihan kerana ia ada MITRAGININ.
1. Klu anda ambil dgn dos rendah: Ia beri Kesan STIMULAN.
• Ketum Bertindak dlm 5-10 minit je & tahan selama 6 jam. Tenaga tiba2 kuat, angin dlm badan keluar & sakit Otot ok & bagi NAFSU tenaga batin GILA POWER.. Ada yg Suka ramah mesra, suka bergaul.
Bila dos berkurangan dlm badan anda akan Tiada motivasi, tiada minat, Bosan & Malas & Runsing.
2. Klu anda terlebih ambil dgn Dos tinggi (10-30 helai daun sehari) beri kesan SEDATIF. Anda akan rasa:
• Kurang sensitif pd kesakitan fizikal• Berasa tenang• Hilang dlm alam mimpi • Rasa gatal atau berpeluh• Anak mata jadi sempit• Loya
E. Ni doc bgu info Kesan Sampingan Daun Ketum:
• Mulut anda menjadi kering• Kerap kencing• Kehilangan selera makan (anoreksia) & kurus.• Sembelit• Rosak Hati (Jaundice)•• Insomnia (payah tidur)• Psikosis (gila)• Kulit jadi gelap di bahagian pipi.• Banyak tidur• Hilang keupayaan bekerja • Denyutan jantung cepat• Khayalan buruk-sangka• Hidung & mata berair• Cirit birit• Sakit otot & tulang• Tingkahlaku agresif • Mudah meradang
F.Risiko
• Tertidur semasa bekerja.
• Mengantuk dgn tiba-tiba.
• Ketagihan yg susah diubati.
G. Rawatan.
Berkesan dgnn dihydrocodeine & lofexidine.
Tu dia info untk anda semua. Kesan samping ketum yg teruk drp faedah yg sikit...
NASIHAT DOC: JANGAN START NAK TRY. BILA TERSANGKUT...TERUK PADAHnya...TIADA FAEDAH. DIRI BINASA.
Ada soalan...doc jawap.
Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda,
11900 Bayan Lepas,
Penang.
Tel:04-6444181.

2 comments:

  1. assalamuallaikum doc. . macam mana cara nak hentikan ketagihan ni? sekadar bertanya untuk pengetahuan sebab memang perasan ramai dah ketagih ketum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      pertama sy bukan doc, hanya berkongsi info dr DR rahim ini..


      utk mengelakkan org atau nak hentikan ketagih ketum ni mmg perlu dari diri sendiri.

      diri sendiri kena tekad untuk berhenti.

      yg sekeliling pun perlu untuk support . tq :)

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger