ISTERI HENTAK KEPALA SUAMI DENGAN LESUNG BATU GARA2 TAK BELI BAJU RAYA - Denhanda

20 Jun 2016

ISTERI HENTAK KEPALA SUAMI DENGAN LESUNG BATU GARA2 TAK BELI BAJU RAYA







Kepala Suami Di Hentak Lesung Batu Oleh Isteri Gara-Gara Enggan Beli Baju Raya. Akibat terlalu dipengaruhi sifat amarah yang tidak terkawal walaupun hanya berpunca Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir, katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.







Bayangkan lesung ni hentak kepala korang !
adoi! pecah kepala weh! 

janganlah mcm ni wahai isteri2 di luar sana tu.

raya lah ikot kemampuan.
jangan nak fesyen sgt kalau suami tak mampu.

baju raya tak semestinya baru

bersih tu dh cukup utk jadikan baju raya.


2 comments:

Rakan Google+

Rakan Blogger