BUDAK2 DI TASKA DI PAKSA MINUM UBAT BATUK ? - Denhanda

28 Jun 2016

BUDAK2 DI TASKA DI PAKSA MINUM UBAT BATUK ?


Baru tau rupa- rupanya ada sesetengah tempat asuhan yang beri ubat batuk kepada bayi dan kanak-kanak, semata2 untuk memudahkan kerja mereka.

Mungkin ibu bapa diluar sana berasa lega dan menyangka tempat pengasuh "menjaga" elok anak-anak mereka. Setiap kali ibu bapa ini mengambil anak, mereka akan check jika terdapat kesan benjolan atau luka akibat didera mahupun disebabkan kelalaian.
Tapi hakikatnya, ramai yang belum tahu bahawa anak mereka tidur sepanjang hari di tempat asuhan tersebut selepas diberikan ubat batuk, supaya mereka lebih "behave" dan tidak mengganggu tugas2 pengasuh.
Dan mgkin kerana itulah, mereka tidak didera secara fizikal tetapi ianya lebih kpd penderaan jangka masa pnjg terhadap pertumbuhan kanak2 tersebut.
Ubat batuk@selsema mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi.
Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Bayangkan jika tempat asuhan ni berikan pada anak anda setiap hari, terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, ianya boleh menyebabkan kanak-kanak ini berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Sayangilah anak-anak anda. Selidik dahulu tempat asuhan anak anda sebelum memberikan 100% kepercayaan kepada mereka.
Semoga anak-anak kita semua sentiasa dibawah lindungan-Nya. InsyaAllah.
Sebarkan untuk kebaikan bersama😊
-zazashahri-
Master in Community Health Science,
Faculty of Medicine, UKM










FROM MY 2 CENT ..
Tak semua taska macam ni.
ni semua berpunca pada owner TASKA tu sendiri.

kalau dah owner nya perangai tak jujur memang ubat batuk lah jawab nya untuk melemahkan kanak2
yelah. 1 taska dah berapa org kanak2
ibu bapa sendiri pun pening dgn gelagat anak2 ni kan pula TASKA yg bukan ada pertalian darah nak jaga budak2 yg lincah ni.

BUKAN SEMUA TASKA ye mcm ni,
tapi MG nak semua parents kat luar sana be careful lah
jangan sebab NAK MURAH
DEKAT dgn rumah
anak2 plak jadi mangsa nanti.

tapi malang bukan nya berbau kan?




3 comments:

  1. Memang gila..hati2 la kan utk semua parents yg bekerja n hantar anak ke taska n pengasuh..kena buat spot check selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak patut
      keje tak ikhlas!
      nk senang aje kan? +.=

      Delete
  2. Paling penting pastikan taska berdaftar...staf terlatih...

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger