SEKOLAH BAKAL DI TUTUP - Denhanda

18 Mar 2016

SEKOLAH BAKAL DI TUTUP



Kementerian Kesihatan terima 14 laporan masalah berkaitan cuaca panas


BACAAN termometer mencatatkan suhu 38 hingga 39 darjah selsius di Chuping, Perlis yang pernah mencatatkan suhu tertinggi di Malaysia pada 1998.







PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menerima 14 laporan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas melampau di negara ini, setakat hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata data yang direkodkan sejak 1 Mac lalu itu membabitkan mereka yang mendapatkan rawatan di beberapa hospital seluruh negara dengan 11 kes keletihan haba dan tiga kes strok haba.



 Justeru, Subramaniam menasihatkan rakyat di negara ini mengurangkan aktiviti luar dan fizikal bagi mengelak terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca panas melampau. "Minum air yang mencukupi kerana kekurangan air dalam badan adalah faktor asas yang menyumbang kepada kelesuan haba dan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan diserang strok haba.



 "Agensi kerajaan terutama yang beruniform dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar bagi memastikan pelatih atau kakitangan tidak terdedah kepada cuaca panas melampau," katanya


_____________________________

kalau panas berlanjutan mungkin sekolah bakal ditutup untuk mengelakkan kanak2 daripada terkena strok haba yg boleh membawa kepada kematian .

berdoalah panas ini tidak berpenjangan.


No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger