GAUN PENGANTIN BERAT 11KG BERHARGA 3.9 JUTA MILIK SIAPA?? - Denhanda

31 Mar 2016

GAUN PENGANTIN BERAT 11KG BERHARGA 3.9 JUTA MILIK SIAPA??



 

Majlis perkahwinan yang memakan jumlah wang sebanyak USD 1Juta kira-kira bernilai RM3.9 Juta menjadi buah mulut orang ramai malah viral di seluruh dunia setelah diiktiraf sebagai majlis perkahwinan paling mewah di dunia.

Pergh! Ini baru namanya wedding of the year ! Pelajar cantik, Khadija Uzhakhovs yang berusia 20 tahun merupakan anak saudagar minyak melangsungkan majlis perkahwinanannya di sebuah restoran terkenal di Moscow yang dilengkapi segala persiapan yang ekslusif. Berikut merupakan persiapan majlis perkahwinan Anak Saudagar Minyak ini :
  • Dekorasi mewah dengan taburan ribuan bunga segar
  • Persembahan daripa artis terkenal seperti Sting, Enrique Iglesias, Jennifer Lopez
  • Gaun perkahwinan bernilai RM99,000
  • Pengantin lelaki menaiki kenderaan mewah Rolls-Royces bernilai RM 2.5 juta
  • Pengantin perempuan menerima hadiah satu set berlian
  • Hidangan masakan Eropah, sushi serta kek setinggi lapan tingkat

Fuh untungla kedua dua pasangan ini merupakan anak jutawan sebenarnya. Jadi, tidak hairanlah segala persiapan diadakan begitu mewah sekali. Sayangnya, pasangan ini tidak dapat menjalani kehidupan bersama disebabkan si suami harus pulang ke Amerika Syarikat untuk menyelesaikan pengajiannya. Sementara itu, Khadija pula merupakan penuntu jurusan kedoktoran gigi di Universiti Moscow.

 







No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger