TIP KERJA KOSONG KUTIP BUAH DI AUSTRALIA GAJI TINGGI MELEBIHI ENGINEER - Denhanda

23 Feb 2016

TIP KERJA KOSONG KUTIP BUAH DI AUSTRALIA GAJI TINGGI MELEBIHI ENGINEER



Betul ke kalau kerja ceri ni 6 hari je boleh dapat sebulan gaji engineer kat malaysia? Betul! TAPI...
1. Kena tahu duit oz 3x besar dari ringgit so logiklah. Tapi kalau keje sebulan dua pun boleh jugak beli keta viva baru cash.

2. Jangan percaya agent yang nak katanya nak amek korang kerja (kedengaran baik hati mahu menolong). Sebab kemungkinan ada untuk korang dianiaya. Kenapa? Jom kira-kira, kilang bagi gaji $20 sejam, agent bagi korang $15 sejam. Untung dia amek $5 sejam. Kalau kerja dah 8 jam x $5 = $40 sehari seorang. Kalau under dia ada 10 orang, so dia dah boleh untung atas angin $400 sehari, sebulan? $12000 Wow kayaaaa kayaaaa! Oleh itu, try lah sendiri deal ngan admin kilang terus. Atau kalau korang spesis pemurah suka bantu agent kaya cepat.
3. VISA. Nak masuk sini untuk holiday kena apply visa. Malaysia termasuk dalam 35 negara yang boleh apply visa semurah $20 untuk setahun validity. Tapi ada je golongan (ramai) yang guna holiday visa untuk curi-curi kerja kat oz. Sebab takyah bayar working visa yang mahal tu. TAPI kena tahu holiday visa diharamkan untuk kerja, kalau kantoi nak kerja kat oz, kat kastam airport awal-awal lagi dah kena halau hantar balik malaysia dan diharamkan masuk Australia selama tiga tahun. DAN PALING UTAMA, kalau kerja jugak under holiday visa korang boleh ditindas oleh pemberi gaji kerana korang dah lah illegal kerja pastu bukan boleh report polis ke apa nak mintak gaji tu. Maksudnya, kerja penat gila tapi gaji tak dibayar. Haaa pastu nak bayar sewa rumah makan semua, nak balik malaysia camno?
4. Memang selalu dengar yang buruk-buruk ni, tapi kena pandailah cari kilang/ agent yang elok. Dah kerja dua tahun alhamdulillah kilang the best. Better gaji yang dibank in oleh boss dari gaji cash sebab kalau dibayar cash korang tak dilindung under Horticulture Award. Maksudnye, kalau gaji bank in korang akan ditolak tax so gaji kurang. Tapi tax tu boleh claim balik lepas june (musim menutup akaun tahunan). And gaji korang taklah ditipu sebab memang ada minimum gaji dah tetap dalam $14 sejam. Kalau bayar cash, tak tau lah berapa dia amek untung dan berkemungkinan gaji tak dapat setiap minggu.
5. Nak ingatkan juga yang ceri kat oz ni musim cuma 100 hari je, bulan satu buah nak habis dah. Kalau ada offer suruh kerja lepas januari tu maknanya bukan ceri dah.
AKHIRNYA, sebagai penutup, marilah datang keje ceri secara illegal supaya anda berpeluang untuk ditipu dan stranded takleh balik malaysia! Yeay
(EDIT: Saya bukan agent atau pekerja kilang yang tetap. Saya hanyalah student yang bekerja suka-suka masa summer break ni.
BUKAN guna holiday visa atau working holiday untuk bekerja. Cuma under student visa. So, den tak dapek nak nolong).



MG rasa kerja ni memang betul kalau korang jumpa agen yg betul tapi tulah masalah yg akan timbul bila jumpa agen yg tak betul 

nanti korang jugak yg susah.

- duit korang kena tipulah
-visa tak dapatlah
- dah sampai sana tp kerja takde lah
- sampai sana then kena claim pendatang asing lah
-tak bagi gaji

posibilties masalah kat atas ni ada and nak dapat gaji tinggi pun ada.

so, nasihat MG pandai2ah korang nak hidup kalau nak kerja kutip buah ni ye :)


2 comments:

  1. wah boleh cepat kaya kalau keje kat Australia ni! :D
    but fifi lebih suka keje kat Mesia je, sebagai insan prihatin,
    takut rakyat Mesia pupus nanti sebab sume nak keje obersi :D

    ReplyDelete
  2. duit byk sana tp klu x pndai menyimpan habis gak.. kena buat kwsp sndri.. hihiih

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger