PESAWAT CN235 TUDM TERHEMPAS DI KUALA SELANGOR PAGI TADI - Denhanda

26 Feb 2016

PESAWAT CN235 TUDM TERHEMPAS DI KUALA SELANGOR PAGI TADI



Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.





KUALA SELANGOR: Enam anggota TUDM dalam pesawat pengangkut CN235 yang terhempas di pesisir pantai Asam Jawa, berdekatan Stadium Melawati, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi, terselamat. Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pesawat berkenaan yang terbakar. "Seramai enam orang berjaya diselamatkan dengan perahu nelayan yang berada di situ. "Anggota penyelamat yang bergegas ke sana nampak asap dari arah 200 meter dan mereka terpaksa memasuki kawasan dengan menggunakan bot," katanya.





KEADAAN pesawat pengangkut CN235 yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas di Kuala Selangor.



No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger