CARA BUAT BUIH BELON BESAR TAK PECAH - Denhanda

19 Feb 2016

CARA BUAT BUIH BELON BESAR TAK PECAH




now kan suka main buih kan?

ade je diorang jual kat tepi2 padang tu ....
kita datang bawak diri and anak2 je


tapi kena bayarlah kan? then kalau tertumpah ke ape ..RUGI and kena beli lagi .huhuhu


so, ape kate kita buat sendiri je sebab bahan-bahannya pun mudah je 


CARA BUAT BUIH SABUN BESAR DAN TAK MUDAH PECAH:



Bahan-bahannya sebiji yang kat dalam gambar ni.

- 12 cawan air 

- 1 cawan Joy - yang biru lebih better (Mengikut idea asal, Joy adalah antara pencuci pinggan yang sangat recommended untuk digunakan. Mungkin kerana bahan aktif yang ada dalam Joy ni - wallahua'lam)

- 1 cawan tepung jagung

- 2 sudu besar tepung penaik (baking powder)

- 3 botol glycerin (botol kecik yang ada tanda harga tu) + 1 cawan air panas (KakLin guna 2 je)

* glycerin beli kat kedai bakeri 

Cara nak buat:

1- Campurkan kesemua dalam bekas/baldi/ikut apa-apa je yang bersesuaian

2- Biarkan untuk 1 jam (min), tapi lagi lama lagi best katanya

* Untuk bancuhan ni, agak cloudy sikit disebabkan tepung jagung ni. So, rajin-rajin la kacau selalu smile emoticon

#2 Bancuhan Kedua - bancuhan sendiri. Sebab harga bancuhan #1 tu agak pricey sikit, so cari alternatif lain yang agak murah.. alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan juga smile emoticon


CARA BUAT KAYU NAK MAIN BUIH SABUN (BUBBLE STICK):




CARA BUAT BUBBLES "STICK' (Part 1)

Bahan-bahan:

1- Chopsticks atau apa-apa je yang dirasakan bersesuaian 
(ada orang guna hanger/ ranting/straw - jangan tanya cemana nak buat sebab tak pernah buat lagi :D)

2- Cotton String

3- Binder/Washer/Pemberat
(KakLin guna 'binder' je sebab tak jumpa 'washer'. Gambar 'washer' sila gugel :D)





CARA BUAT BUBBLES "STICK' (Part 2)

Cara nak buat:

1- Bayangkan 'string' ni diikat dihujung chopstick, bentuk 3 segi. 

2- Ukuran 'string' untuk 'b' dan 'c' lebih panjang dari 'a'.

(Maaf yang dalam gambar ni macam sama panjang je semua)

3- Jangan lupa masukkan 'binder' atau 'washer' di 'string a & b'






TIPS BERGUNA:

1- Chopstick ni beli kat Mr. DIY. Ada banyak saiz. KakLin beli different sizes (ikut umur anak-anak). Harga murah-murah je 

2- 'String cotton' ni kadang-kadang dia boleh 'terlilit'. Jadi, kalau ada jumpa 'string' lain yang lebih bersesuaian bolehlah guna. Boleh juga share di bahagian komen smile emoticon

3- 'Binder' tu bertujuan sebagai pemberat. Semasa nak masukkan 'stick' dalam bancuhan tu 'binder' ni agak membantu juga supaya senang nak masukkan dalam bekas bancuhan tu. Tapi kalau takmau guna pun takpe je.. tapi lebih afdhol kalau guna.. Mudah nak main grin emoticon





DAH BOLEH MAIN! !!



So, inilah bendanya kalau nak main 'giant bubbles'. 

Stick boleh simpan elok-elok lain kali boleh main lagi.

Bancuhan 'giant bubbles' ni kalau banyak boleh simpan. Orang kata lagi lama disimpan lagi lama 'bubbles' tu boleh bertahan.

Kalau buat sendiri lebih jimat smile emoticon







Resepi bancuhan ni kalau mengikut Design Dazzle (kredit), lagi lama kita simpan lagi lama 'bubbles' ni 'bertahan'. Untuk bancuhan pertama yang KakLin buat cuma cukup untuk 2 hari main je, jadi tak dapat nak pastikan kesahihan mengenai 'ketahanan' bubbles tu

- Aktiviti ni sangat sesuai dilakukan bersama-sama keluarga

- Kalau kawasan tempat bermain ni ada angin, lagi best

- Sekiranya bermain jauh dari rumah, jangan lupa bawa air masak 'spare' semasa bermain

Satu, untuk anak-anak minum bila dah letih

Dua, untuk basuh tangan anak-anak sebab kemungkinan besar tangan dorang akan terkena bancuhan sabun ni

Akhir kata, jangan lupa LIKE SweetBonda Stories - Enjoying Motherhood untuk lebih banyak tips mak-mak & anak-anak di masa hadapan. Jangan lupa set 'SEE FIRST' okay grin emoticon

!!!



1 comment:

Rakan Google+

Rakan Blogger