TRAGEDI PONDOK PAK YA KORBANKAN 27 PELAJAR PUTERI - Denhanda

18 Jan 2016

TRAGEDI PONDOK PAK YA KORBANKAN 27 PELAJAR PUTERI

Kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat dikala penghuni asrama puteri sedang nyenyak tidur. Api marak  berpunca dari api lilin yang dipasang oleh pelajar asrama. Kejadian yang menyayat hati  itu  mengorbankan 27 pelajar puteri dan telah memusnahkan 8 blok asrama.
Kini hampir setiap tahun Program Memperingati 27 Syuhada diadakan. Pada majlis itu sanak saudara dan rakan rakan bekas penghuni asrama berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi.
Tahun 1989 admin pun masih ingat tragedi kebakaran pondok sekolah agama Padang Lumat, tetapi agak kurang mengerti sebab pada masa tu budak budak lagi tak tau apa apa, tetapi sering mendengar ibu ayah dan kakak bercerita pasal Padang Lumat.
Apa yang admin agak sedih dan terkejut juga ialah apabila melihat begitu daif nya kawasan dalam asrama tempat tidur pelajar , dapur minyak tanah dan katil meja buku sangat dekat serta sempit. Pada ketika tu, terbayang bagaimana pelajar itu belajar dengan keadaan yang sempit dan daif. Di situ tempat masak di situ tempat belajar dan tidur. Sangat sedih sekali. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.
Kisah yang dikongsi oleh sahabat sanak saudara para syuhada akan dapat diikuti malam ini di Astro Oasis.


Pondok Pak Ya kini

Telefilem Pondok Pak Ya akan ditayangkan pada 1 Januari 2014
Pelakon pelakon Telemovie Pondok Pak Ya
Pelakon Telefilem Pondok Pak Ya, Nurfarah Nazirah pernah berlakon dalam Hoore Hoore bersama Akim.

Pelakon Hiera Hassan

Ustaz Nazeri
Pada malam itu beberapa pelajar bercerita tentang mati syahid, semua teruja dan mengimpikan tentang mati syahid dan sebelum tidur mereka mengucapkan kalimah syahadah. Mereka bersalaman dan berpelukan seolah olah mahu berpisah lama.
Sedutan dari telemovie

Video pengalaman bekas pelajar Pondok Pak Ya
AL fatihah kepada semua para syuhada. Semoga mereka dicucuri rahmatNYA.
Mereka syahid di jalan Allah kerana terkorban ketika menuntut ilmu.
Sejarah Pondok Pak Ya disiarkan di RTM
Sudah tamat menonton dokumentari yang sangat memilukan, tambahan ketika mendengar kisah kisah yang diceritakan kembali petanda sebelum para syuhada itu pergi buat selamanya.Mereka kehilangan sahabat karib, ibu bapa kehilangan anak disayangi, abang kakak kehilangan adik mereka yg dikasihi. Tak sedar air mata ini mengalir. Mungkin ada yang berasa cemburu kerana para 27 orang syuhada itu sudah dijanjikan yang terbaik di sisi Allah.


SUMBER : nurizspace.com


sebenarnya MG baru lepas tgk cerita pondok pak ya ni. 
tak tahu pula ade kisah benarnya,
memang sedih sangat.
then MG google banyak info tttg pondok pak ya ni.

dulu dulu kemudahan tiada lagi .
mmg punca dari sebab lilin yg diorang guna untuk stay up.
sekarang sekolah yg dahulunya di kenali dengan pondok pakya ni dah cantik dah.

Al-fatihah pada saudara kita yg telah terkorban.

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger