NAMA YANG TIDAK ELOK DI BERIKAN KEPADA ANAK PEREMPUAN - Denhanda

7 Nov 2015

NAMA YANG TIDAK ELOK DI BERIKAN KEPADA ANAK PEREMPUAN




**Dalam program TV Tanyalah Ustaz, di TV9**
(nama2 anak jin)

Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin dan disukai JIN.....

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan
maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang yang menggunakan nya....

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak anda semua:
■Balqis
■Qistina/Kistina
■Najwa
■Zaquan/Zakuan
■Batrisya
■Erisya

Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada
mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan....

sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini
nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja....
Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya....

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah,
banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas....

Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan
memberi nama anak seperti nama anak yang selalu 'dipakai' jin....

Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya Anda Semua menggunakan nama tersebut..
~~Wallahu a'lam bisshowab~~

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger