CARA SENAMAN KEGEL UNTUK KUATKAN OTOT PELVIS DAN MENAIKAN PERANAKAN WANITA - Denhanda

3 Oct 2015

CARA SENAMAN KEGEL UNTUK KUATKAN OTOT PELVIS DAN MENAIKAN PERANAKAN WANITA




APA ITU KEGEL EXERCISE
Senaman Kegel atau senaman kemutan adalah senaman mudah tapi berkesan untuk menguatkan otot pelvis anda. Banyak salah faham yang berlaku bahawa Kegel exercise hanya untuk para wanita, sebenarnya lelaki juga boleh membuat senaman ini untuk mendapatkan otot pelvis yang kuat.

APA BERLAKU BILA OTOT PELVIS TIDAK KUAT?
1. Uterine prolapse (bahasa mudah – jatuh tombong atau rahim jatuh)
2. Cystocoele – pundi kencing jatuh
3. Rectal prolapse – rectum terkeluar dari lubang dubur
4. Urinary incontinence – tidak dapat menahan kencing terutama semasa terbatuk, terbersin, tergelak atau anda sering terkencing sebelum sempat sampai ke toilet
5. Kencing tidak lawas/tidak habis
6. Keluar angin daripada faraj
7. Sakit ketika hubungan kelamin
dan macam-macam masalah lain


SENAMAN KEMUTAN – THE DO’S
1. Kemutkan otot di bahagian perineum anda seperti sedang menahan kencing (menguatkan otot di bahagian kemaluan) atau menahan kentut (menguatkan otot di bahagian dubur)
2. Tahan kemutan sehingga 5 saat, kemudian lepaskan perlahan-lahan
3. Rehat 10 saat (untuk memberi peluang otot relax sepenuhnya), kemudian ulangi semula
4. Buat 10 kali dalam setiap sesi, dan ulang 3-4kali sehari – ianya mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa – semasa sedang menghadap laptop, semasa sedang baring, juga semasa sedang berfacebook! wink emoticon
5. Jangan lupa bernafas seperti biasa semasa melakukan kemutan
6. Untuk pastikan teknik Kegels – boleh lakukan kemutan ketika hubungan kelamin, jika pasangan anda merasai kemutan faraj, bermakna anda sedang melakukan teknik kemutan yang betul!

SENAMAN KEMUTAN – THE DON’TS
1. JANGAN tahan nafas semasa melakukan Kegel – ini menyebabkan peredaran darah kurang efektif ke bahagian otot, sedangkan senaman ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah ke bahagian tersebut
2. JANGAN lakukan senaman kemutan ketika sedang kencing – ini suatu kesilapan yang biasa dilakukan – kerana ia boleh menyebabkan otot pelvis semakin lemah dan bukan semakin kuat!
3. JANGAN lakukan Kegel ketika pundi kencing anda penuh – ini boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan kuman (kencing kotor)

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. dah lame tak singgah sini .. dtg bw

    ReplyDelete
  2. ehehehe.. baca several times nak kasi faham ehehe..

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger