KERETA ROSAK DALAM CERITA FAST & FURIOUS TU DIORANG BUAT APA? - Denhanda

5 Apr 2015

KERETA ROSAK DALAM CERITA FAST & FURIOUS TU DIORANG BUAT APA?



korang dah tengok ke cerita fast & furious 7?
MG dah tgk 1st day diorang main ,siap booking 2 hari awal . haha
excited punya pasal =.=

kalau korang pernah tengok fast furious sebelum ni pun diorang guna banyak kereta yang cantik2 dan almaklum mahal.

remuk remuk macam tu je =.=

sayang gila kan?

so, korang tau apa depa buat dengan kereta yg rosak2 tu?
ni meh baca ..

.....................................................

Pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada kereta kereta yang dirosakkan dalam filem Fast & Furious 7 atau 6 filem terdahulu? Kereta kereta itu dihapuskan.
WSJ dalam satu artikel menyebut, pembuat filem memusnahkan 230 buah kereta untuk ‘Furious 7′ dan mereka mengupah sebuah syarikat, Bonnie’s car Crushers untuk membersihkan kereta kereta yang rosak ketika melakukan penggambaran di Colorado.
Pemilik syarikat Bonnie Car Crushers, Mr Jensen menerima panggilan daripada krew Furious 7 selepas mereka terlihat papan tanda “we buy junk cars” beliau di lebuhraya.
Mr Jensen dan krewnya, menghabiskan beberapa hari mengangkut kereta kereta rosak ke dalam sebuah trak. Pembuat filem mahu mereka menghancurkan terus kereta kereta tersebut untuk mengelakkan sesiapa saja daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak. Antara kereta yang mereka perlu hancurkan ialah beberapa Mercedes Benz hitam, sebuah Ford Crown Victoria dan sebuah Mitsubishi Montero.
Walaupun orang ramai maklum yang kereta kereta ini dipersiapkan dengan baik untuk filem aksi tapi apakah yang terjadi kepada kereta kereta yang dijatuhkan dari kapal terbang dan di langgar selepas filem tamat?
furious-7-crashed-cars
Menurut Dennis McCarthy, koordinator kereta untuk francais Fast & Furious, krew filem perlu mematuhi protokol yang spesifik, mengira setiap kereta yang dirosakkan dalam setiap filem atas sebab sebab akaun dan liabiliti.
Pembuat filem “Fast & Furious” merosakkan beratus kereta bagi setiap filem. Lebih daripada 230 kereta untuk Furious 7. Pada tahun 2013, semasa Fast & Furious 6, apabila kereta kebal merosakkan beberapa kenderaan tentera dan kereta di lebuhraya di Pulau Tenerife, Sepanyol, krew filem berurusan dengan pemilik pelupusan barang tempatan. “Kami menghancurkan 25 buah kereta di siang hari, mereka akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” kata McCarthy. Untuk 2011 “Fast Five” yang mana krew Furious melarikan bilik kebal bank di bandar Puerto Rico, pembuat filem berurusan dengan kerajaan untuk menghantar kereta kereta terpakai dengan murah dari tempat pelupusan San Juan ke set penggambaran, merosakkannya, kemudian menghantar semula ke tempat pelupusan.
Furious 7 - C-130 Sequence
Selepas penggambaran Furious 7 untuk babak kejar mengejar di lebuhraya gunung Colorado Monarch Pass, krew kereta menyimpan kereta kereta rosak di tempat letak kereta berhampiran Monarch Ski Resort. Mr Jansen dan krew hanya mempunyai dua hari untuk mengalihkan kereta kereta itu supaya resort tersebut boleh membuat persiapan untuk upacara pembukaan musim.

SUMBER - THEVOCKET & WSJ

1 comment:

  1. Wah, hebat! No wonder if filem mat saleh known for worldwide, regardless of race.

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger