Mati itu terlalu sakit - Denhanda

2 Feb 2015

Mati itu terlalu sakit



Mati itu terlalu sakit

Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bekas lalu diambil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " YaAllah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "

Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "

Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "

Walaubagaimanapun, sakitnya mati itu tetap terasa.

Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut berada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, direntap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian ditarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).

Wallahualam...

#sharingfromfb

8 comments:

  1. Mari yg digambarkan pun dah gerun..semoga kita semua dikurangkan azab waktu menghembuskan nafas terakhir.

    ReplyDelete
  2. Takutnya menghadapi saat tu...

    ReplyDelete
  3. Moga kita dipermudahkan menhdapi saat kematian .

    ReplyDelete
  4. banyak yg perlu dibaiki..smoga matiku dalam husnul khotimah..

    ReplyDelete
  5. semoga kita dipermudahkan segalaya ..

    P/S : Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  6. Sobsss...
    Terkenang segala dosa selama ni :(

    ReplyDelete
  7. gerun T.T aaaa.. dosa dahla banyak..

    ReplyDelete
  8. huuu takutnyaa.. insaflah cepat mellya oi

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger