Keputusan Ujian Online Kastam GRED41 [Masalah Betul] - Denhanda

8 Sep 2014

Keputusan Ujian Online Kastam GRED41 [Masalah Betul]

Pertamanya MG serta berpuluh ribu orang lagi bertuah di beri peluang untuk mengambil ujian atas talian untuk jawatan pegawai kastam GRED41.
Tarikh ujian pada 6 september 2014
Masanya dari pukul 9 pagi hingga 12 tgh
MG ada share tip nak jawab exam kat sini --> TIP EXAM KASTAM ONLINE

Seperti yang dijanjikan, berpuluh orang yang bertuah ini termasuk MG bersedia setengah jam lebih awal untuk daftar masuk awal kerna tidak mahu sebarang masalah tidak diingini berlaku.
Dahla buat sorang dengan bertemankan laptop dan talian internet shj.
Jika ada masalah kena perbetul sendiri.
Mencabar kan?

Alkisah.
Pukul 8.45 pagi MG sudah mendaftar masuk ke web yang diberikan untuk mengambil ujian
Tapi masih lagi berkelip perkataan SEDANG MENUNGGU PEPERIKSAAN.
OK, MG tunggu dengan penuh sabar dan bersemangat nak jawab

Ada 3 seksyen .
Seksyen A MG dapat masuk pukul 9.40 pagi .dan setelah 40minit,
Seksyen B pukul 11.05 pagi
Seksyen C pukul 11.55pagi.
Seksyen C paling mencabar dan paling geram sekali .



Jom kita tengok apa masalah yg MG hadapi dengan ujian online SPA KASTAM ni.

Masalah yg MG hadapi masa menduduki ujian online ini adalah seperti berikut:

1. Nak daftar masuk lembab sebab yela berpuluh ribu orang nak daftar masuk dalam 1 masa dan 1 hari.
2. Masalah jawapan tak disimpan. Banyak kali tekan tapi masih tak hijau. Hijau maknanya jawapan telah selamat disimpan.
3. Kena refresh untuk pastikan soalan yg belum dijawab tapi refresh ambil masa plak. Eish!

So, kat sini MG nak cadang beberapa perkara kpd SPA, manalah tahu akan datang tak jadi dah masalah ni kat bakal yg ambil exam online SPA KASTAM ni.

1. Buatlah 1 hari tu 1000 orang je yg ambil exam online ni tak pun 1 hari 1 negeri.
2. Takut soalan bocor? Kan kita banyak kakitangan kan? Start dari habis exam online KASTAM 6hb aritu buatlah soalan sehari 1 bagi semua orang. Tak pun buat set yg berbeza untuk setiap negeri.
3. Tayah buat exam online dah sebab tak faham apa tujuan sebenar exam online ni .
4. Terus pilih je untuk interview then masa interview tu tanya la 2 3 soalan ke 2 3 ratus pon ok .

Haa. Ok tak cadangan MG ni.
Kalau korang nak tambah, korang tambah kat komen ea.
Nanti MG update entri dengan cadangan korang plak .
So, yg jawab exam SPA KASTAM? Ape cer? Ok ke ko? Huhu

Ni serbe sikit yg MG snap masa exam.
Sebab jawab pun sakit hati so, sempatla gembirakan hati ..huhuhu




 psst!
sampai skank server SPA jem lagi ..huhu

update :

MG ok je ..MG redha ..huhu
so kat sini korang boleh cek korang berjaya ke tak 
MG dah cek , TIDAK BERJAYA 

nah! korang cek plak 
klik link --->  SEMAKAN KEPUTUSAN KASTAM ONLINE GRED 41
masuk kan no IC je.

gudluck malam ni ada retest
pukul 8pm- 10.55pm - 10 september 2014
semua prosedur sama 
link nak jawab test sama
masukkan ic dan angka giliran pun sama 

GOODLUCK!! 

18 comments:

  1. same jugak yg berlku pada saya.dengar cite ada retest pada 10 /9 nie...

    ReplyDelete
  2. sabar yer MG...mungkin ada masalah yang dorang ingat dah settle rupanya belum lagi...all the best yer MG...^_^

    ReplyDelete
  3. memang banyak problem kan nak buat test ni? licha tengok kawan2 pun ramai yg prob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! ramai yg mrungut kan ?
      tp stakat mrungut jelah ..huhu

      Delete
  4. masalah utama klu on9 ni mmg itulah..web jem..semoga dipermudahkan MG..Gud luck!

    ReplyDelete
  5. Mcm mana result MG?? hahaha
    pagi tu group whatsapp wechat mcm onggiler bz kot. memasing lps geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak berjaya
      hoho
      tkde rezki kali ni kot
      tkpe, kte retest mlm ni ye :)

      Delete
  6. Ramai yang menghadapi masalah, dengar2 ramai yang mengeluh & merungut ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sis ...sabo jelah kan ? :)

      Delete
  7. Replies
    1. yup
      sabar je mmpu :)
      thanks CN ^__^

      Delete
  8. kalau tak silap dkna...SPA ada masalah teknikal server dorang..kesilapan pertama.. dan ini pun kali pertama jugak SPA buat peperiksaan secara online dan sambutan yang diterima mungkin diluar jangkaan pihak SPA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      spe ak amek test 2nd tu dikira xberjaya even 1st test dia lepas
      rasanya la sbb kawan bila cek 2nd time result takde rekod plak

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger