sori shaklee, u turn now [boikot shaklee?] - Denhanda

15 Aug 2014

sori shaklee, u turn now [boikot shaklee?]



genjatan senjata dilanjutkan 5 hari tapi israhell ada terus mara 
tidak sabar membunuh saudara kita di sana
kita di sini hanya mampu berdoa untuk kemenangan palestin

tak cukup dengan doa
barangan2 yahudi kita boikot
mcd, tesco, nestle, 
macam macam lagi lagilah 
dari sehari ke sehari rakyat malaysia sangat prihatin 
menyelidik sampai akal umbi
tak rela menyokong pihak yahudi yg tolong israel membinasakan saudara kita di gaza

sampailah sekarang shaklee pula dikatakan telah  berganding bahu dengan yahudi
MG baca artikel nya di sini dan MG kongsikan disini

sebab dan kenapa SHAKLEE harus diboikot :

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat...moga sahabat  semua dirahmati Allah. Ameen!

SUKAR....memang amat sukar untuk saya membuat keputusan ini. Saya dan keluarga  menaruh harapan menggunung terhadap Shaklee. Bagi kami shaklee adalah laluan cukup sempurna bagi menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri. 

Setelah MELOMPAT dari satu syarikat ke satu syarikat MLM dan GAGAL dalam kesemua penglibatan saya sebelum ini (atau belum lagi BERJAYA!) ..akhirnya saya sekali lagi bertemu jodoh dengan SHAKLEE...walaupun setelah 'berpisah' sekian lama pada awal tahun 1990an.

Kali ini saya tekad tidak mahu KECEWA lagi! cukuplah pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran berguna buat saya sekeluarga. PUNCA KEGAGALAN  saya cuma satu....saya QUIT! dan berhenti setelah bertungkus lumus membina rangkaian. Saya tidak mahu kisah pedih yang pernah saya lalui berulang kembali.

Saya dan family join SHAKLEE untuk kali kedua  pada Julai 2012. Tapi setahun kami  SUNYI SEPI! kerana kesibukan, sepanjang tahun 2012, satu sen pun kami tidak membuat sebarang jualan!

Pada tahun 2013 sekitar bulan November, tekanan dari sudut kewangan semakin parah. Anak semakin bertambah. Pendapatan sebagai pensyarah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang agak kecil, jauh sekali dari mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga besar kami!

MESYUARAT TERGEMPAR dilakukan bagi mencari solusi kepada permasalahan yang amat kronik  untuk ditanggung ini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam Shaklee. Strategi diatur. Langkah disusun. Iklan dan promosi diperhebatkan. Syukur! pada bulan Oktober 2013, segala usaha membuahkan hasil! RM1,727 adalah bonus yang diterima pada bulan tersebut. 

Sehingga artikel ini ditulis, bonus paling tinggi dicapai adalah pada bulan Mei 2014 berjumlah RM4,138 dan sekaligus layak untuk menyertai Konvension yang diadakan di Sunway Lagoon pada 7-9 June 2014.
 

Secara jujur, saya dan keluarga amat MENYAYANGI shaklee! Shaklee pada pandangan kami dan juga ramai pengedar Shaklee di luar sana adalah LUBUK EMAS. Apa tidaknya, ada di antara leader dalam shaklee memperoleh sehingga RM600,000 SEBULAN! Amazing kan?

Namun....KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI!


Serangan bertubi-tubi tentera zionis israel MENGUBAH segalanya! Meskipun serangan seumpama ini bukan pertama kali dilakukan oleh tentera zionis terhadap umat Islam di Gaza, Palestin, namun entah kenapa...kali ini ianya benar-benar MENYENTUH JIWA saya dan famili. Tidak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan saudara-saudara se Islam diperlaku sedemikian rupa oleh zionis yang bersifat kebinatangan. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban kebejatan israel laknatullah.

Dari sini bermula episod baru dalam hidup saya dah famili. Kami mengikuti perkembangan di Gaza setiap minit! Api kemarahan  meluap-luap membakar bila jiwa demi jiwa gugur menyembah bumi akibat bedilan si pengecut tentera zionis syaitan yang dibantu oleh amerika yang menjadi talibarut.

Rasa bersalah menyelubungi jiwa. Tak sanggup rasanya berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa untuk membantu pejuang-pejuang Al Qassam memerangi kaum bani israel yang mengganas. AKHIRNYA....setelah membuat search serta mengikuti perkembangan Gaza dari pelbagai sumber antaranya Aqsa Syarif, maka kami membuat keputusan untuk memboikot barangan Israel. Ini sahaja yang kami mampu untuk melakukannya. Moga Allah mengampuni dosa dan kelemahan kami! :o(

Langkah PERTAMA.....adalah memboikot McDonald yang dengan jelas bersekongkol dengan israel. Mc D sebenarnya sudah lebih setahun kami sekeluarga boikot.
Kali ini bukan hanya kami memboikot, tetapi trurut sama dalam kempen boikot barangan israel melalui media sosial seperti facebook dan lain-lain.

SUATU YANG TIDAK DIDUGA BERLAKU! Posting saya tentang pemboikotan  tesco yang turut bersekutu dengan kerajaan israel menjadi viral di facebook dan dikongsi oleh sekitar 16,163 pengguna FB dan turut dikongsi oleh  oh! MediaPenMerahberitasemasateranukite dll.


 

Demi mencari kebenaran - saya menulis sendiri kepada pihak Tesco UK bagi mendapatkan penjelasan dan inilah jawapan dari mereka!

Roger Barnett, Pengerusi Shaklee. Beliau berketurunan yahudi. Juga bertindak sebagai
Ahli Lembaga Pengarah kepada Elei Wiesel Foundation, satu pertubuhan
yahudi yang begitu fanatik menyokong israel.

Saya memang tidak ada perancangan untuk memboikot Shaklee pada mulanya kerana beberapa sebab:


1)      Walaupun Roger Barnett adalah se orang yahudi seperti yang dinyatakan di dalam banyak artikel di internet, namun tiada bukti kukuh bahawa shaklee menyumbang secara langsung kepada israel. Jadi tiada sebab untuk memboikot shaklee berdasarkan hukum asal dalam Islam yang membolehkan kita bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.

2)      Saya berfiki banyak kali sebelum membuat keputusan memboikot Shaklee kerana saya telah menikmati bonus yang amat saya perlukan walaupun ianya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan ramai leaders yang income mereka mencecah ratusan ribu. Bagi mereka ini, keputusan untuk memboikot mungkin jauh lebih sukar, bahkan akan ada di sana yang akan terus menjalankan perniagaan shaklee kerana SAYANG dengan wang ratusan ribu ringgit yang diperlolehi setiap bulan.

Gambar Roger Barnett bersama Elie Wiesel, pengasas  Elie Wiesel
Foundation, penyokong tegar negara haram israeil.

NAMUN...semuanya berubah bila saya dapat maklumat  melalui  wasap bahawa Dr Zaharuddin (Uzar)  mengatakan bahawa Roger Barnett, CEO Shaklee adalah Board of Director kepada Elie
Wiesel  Foundation yang merupakan yayasan kebajikan yang diasaskan oleh se orang yahudi yang merupakan penyokong kuat  kepada negara haram yahudi. Walaubagaimanapun, entry berkaitan maklumat di atas  di blog Dr Azaharuddin dipadam tidak lama selepas itu. Tidak tahu apa punca penarikan maklumat tersebut. Tidak berapa yakin apa yang diperkatakan, saya turut membuat search di internet  dan TERNYATA maklumat oleh Uzar adalah BENAR!

Aduh! Jiwa semakin gundah gulana. Bertalu-talu soalan menerjah di fikiran. Apa nak buat sekarang?
Saya cuba memujuk hati...alah! Roger tu walaupun yahudi, dan menjadi Ahli lembaga Pengarah kepada Elie Wiesel Foundation, tak ada bukti jelas yang shaklee membuat sumbangan kepada israel. Namun jiwa terus bergelora. Ternyata, jawapan-jawapan tersebut tidak mampu membawa ketenangan kepada jiwa yang sedang berbolak balik ini.

“Dr Yusof Al Qardhawi kata wajib boikot barangan israel atau barangan keluaran amerika” kata isteri saya ketika saya sedang sibuk mencari bukti-bukti tambahan tentang Roger Barnett. Tercengang saya seketika. Tak percaya! Macamana boleh ada hukum baru yang bercanggah dengan hukum asal yang mengharuskan bermuamalah dengan orang bukan Islam.

Dalam hati saya mula berbisik, “kalau benar Dr Yusof Al Qardhawi   ada mengeluarkan fatwa demikian, saya mesti BOIKOT  Shaklee!! Saya nekad. Tak rela saya membantu yahudi membunuh jiwa-jiwa muslim yang tidak berdosa di Palestin dan saya menjadi salah se orang yang menyumbang ke arah itu. Selain itu, jika saya terus membeli dan menjual produk shaklee ini bermakna saya melakukan suatu yang  HARAM kerana membantu musuh membunuh umat Islam, maka semua hasil bonus yang saya perolehi adalah HARAM...Astaghfirullah! saya tak sanggup memberi rezki yang HARAM kepada isteri-isteri dan anak-anak yang amat saya kasihi!

Saya terus mencari sumber asal fatwa/ pandangan Dr Yusof Al Qardhawi di internet. Saya tak mahu ambil dari sumber lain yang berbentuk secondary kerana macam-macam boleh berlaku. Ramai orang suka menebar fitnah dan khabar angin di interntet.

Saya tidak mengambil masa yang lama  untuk menemui website Dr Yusof Al Qardhawi. Cari punya cari akhirnya saya temui jawapan yang sungguh mengejutkan saya. Tulisan Dr Yusof Al Qardhawi di dalam bahasa Arab, saya baca berulang kali agar saya tidak silap dalam memahami maksud tertulis.

JELAS!

Dr Yusof Al Qardhawi menjawab soalan dari salah se orang pembaca tentang hukum bermuamalah dengan musuh-musuh Islam dalam perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang mana hasilnya akan kembali kepada musuh tersebut samada di waktu aman atau di waktu perang. Ini ringkasan jawapan beliau:

Umat Islam diperintahkan untuk berjihad menentang musuh agama dan negaranya dengan segala cara yang termampu olehnya samada dengan tangannya, atau dengan lidahnya, atau dengan hatinya dan juga melalui  boikot. Apa saja yang boleh melemahkan musuh WAJIB dilakukan oleh umat Islam mengikut kemampuan mereka masing-masing. TIDAK HARUS sama sekali bagi umat Islam membantu musuhnya samada yahudi atau mereka yang menyembah berhala.  Firman Allah Taala di dalam surah al Maidah ayat 51:

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)


Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka."

Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengangkat yahudi dan nasrani sebagai pemimpin’ ialah mengangkat mereka dengan berbagai cara samada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan bermuamalah dengan mereka atau melalui apa-apa cara. Jika ini dilakukan maka, jadilah mereka itu seperti yahudi dan nasrani. Wal’iyazubillah...

Umat Islam jika tidak mampu untuk berjihad dengan menggunakan senjata, maka wajib atas mereka berjihad melalui cara boikot. Jangan sekali-kali membantu musuh menjana ekonomi mereka melalui kaedah perniagaan kerana setiap sen yang sampai ke tangan musuh bererti anda telah memberikan mereka wang untuk membeli peluru yang kemudiannya merobek dada-dada umat Islam.
Rujukan:


FAKTA YANG WAJIB DIKETAHUI

1)      Yahudi dan musyrik  adalah musuh no. 1 kita umat Islam. Di dalam al Quran Allah memberi amaran:


 "لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا" (المائدة:82)


Maksudnya: Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.  

2)   Golongan yahudi tidak akan meredhai umat Islam selamanya. Firman Allah Taala di dalam surah Al Baqarah ayat 120: 


وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


Yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ''

 ( Qs : AL-BAQARAH Ayat : 120 )


ISU BOIKOT ISRAEL - BILA BERMULA?


Isu Shaklee dan kaitannya dengan Israel (Yahudi) sebenarnya telah menjadi bualan sejak bertahun dahulu dan ianya menjadi 'hot' bilamana Israel menyerang Palestine. 

Hal ini dikaitkan dengan logo Shaklee yang terpapar dalam salah satu website milik badan keagamaan Israel iaitu kenesethisrael.com

APA FAEDAH BOIKOT?

Memboikot produk dan syarikat yang menyokong Israel secara aman mampu memberikan tekanan antarabangsa ke atas apartheid Israel mengikuti langkah kejayaan pemulauan terhadap apartheid di Afrika Selatan.

SUATU UNTUK DIRENUNGI...


Sebagai seorang muslim, kita pasti mempunyai semangat jitu untuk membantu saudara kita khususnya di Palestin dan mana-mana negara Islam yang ditindas atas dasar agama.
Adakah para billionare Yahudi tiada perasaan membantu bangsa dan agama mereka seperti kita?
Mungkinkah bantuan mereka dari sumber yang lain selain daripada keuntungan perniagaan mereka?
Jelas di dalam Al-Quran mengatakan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka. Jadi selama-lamanya mereka memang tidak akan menghormati Islam. Jangan kerana taksubkan sesuatu, maruah agama kita (akidah) tergadai.



Kesimpulan

Keputusan untuk memboikot dan meninggalkan pernigaan Shaklee bukanlah dibuat secara sembrono atau dipengaruhi oleh sentimen kebencian terhadap yahudi dan sekutunya. Namun ianya dibuat dengan berlandaskan tuntutan syara’ meskipun pengorbanan ini amat bertentangn dengan kehendak hati.  Kehilangan bonus antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan adalah suatu yang amat sukar untuk ditelan, namun demi menyahut tuntutan syara’ dan demi menegakkan kebenaran dan membela darah-darah dan jiwa-jiwa yang terkorban di Gaza, Palestin, yang pahit ku telan jua. Moga Allah menerima sedikit pengorbanan ini sebagai amal soleh.
Ameen.

Disclaimer: 
Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk menghasut atau memaksa sesiapa untuk memboikot shaklee. Ianya adalah luahan hati penulis berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan. Pembaca berhak untuk membuat keputusan samada untuk meneruskan perniagaan bersama atau sebaliknya.


sumber asli dari blog ustad dr nik rahim 

MG pun niat sama macam si penulis 
MG share the truth but then korang sendiri la nilai mcm mana 
mungkin nanti akan ada artikel yg akan menyedapkan hati korang yg consume shaklee or agent2 shaklee ni
tunggu la apa pihak shaklee yg akan sebolehnya menidakkan isu ni plak 
sebab isu shaklee ni sama macam boikot milo 

bagus dah tak makan mekdi
makan kedai mamak tapi duk minum milo lagi 
duk kepul kepul lagi asap keluar dari mulut

ade jugak yg cakap nanti, kita mmg tak dapat di pisahkan dgn produk america
mmg! sebab lappy MG ni ada intel 
nak boikot taknak guna laptop?
tak nak guna fon?
mundur la nanti

ape yg boleh kita boleh la buang sikit sikit
cuma now kita tak boleh lagi ganti intel ni
TERPAKSA la tak boikot

tapi, mcm org kata
tak mati tak makan mekdi
bege tepi jalan pun sodap! kan?

sama macam shaklee
tak mati tak join shaklee
rezeki dari ALLAH bukan dari shaklee je
ini bukan MG cakap, ini kuasa DIA ...allahuakbar

"eleh dia ni senang la cakap, dia tak buat shaklee ni
cuba di buat, mampus tanak share "

al maklum ye, rakan2 sekeliling MG mmg ramai yg jd peniaga yg berjaya dgn shaklee
MG tak pernah masam muka dgn diorang lepas tahu isu boikot shaklee ni
suka tgk diorang meniaga :)
tapi macam MG cakapla ..
apa yg boleh kita buat atau boikot, kita boikot
kalau tak boleh.. takpela ..
ikot masing masing...
memang payah kalau bulan2 dapat at least rm500 duit poket dr shaklee ni 
pastu tetiba org suruh quit
kalau MG pun pikir banyak kali ...haha 
kita manusia biasa ^__^

MG share
terpulang pada kita semua
kalau takde angin mana bisa pokok bergoyang kan?
tepuk dada tanya iman :)

14 comments:

  1. betul tu MG... buatlah mana yg mampu... jika ada pilihan yg lebih baik kenapa tidak pilih yg lebih baik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sis
      buat mana mampu
      tak mampu nak mcm mne
      kita mnusia biasa :(

      Delete
  2. akan ade puak2 yang akan membangkit untuk membetulkn kefhaman ni..
    x thu laa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah!
      sbb kalau MG sndri jadi agent sure akan tny leader wat to do or what to answer bila cust tanya mcm ni
      and leader mesti akan kluakan statement menyedapkan hati or mengaku then adela ayat2 cinta lain

      semua nkmenyedapkan hati
      Mg pun dh lame usha shaklee ni ..
      bukan nk jdi agen la
      nk consume tapi dah mcm ni
      tgu jelah nnti mne2 artikel yg sedapkan hati then MG rethink nk consume ke tak ...huhu
      tupun kalau hati betul2 sedap :)

      Delete
  3. nak try guna shaklee tapi dah baca entry ni..hemm tak jadik lah..tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries sis :)
      cari supliment lain

      Delete
  4. MG memilih jalan yg tepat..rezeki itu kerja TUHAN, pasti masih ada lagi rezeki berlimpah tua untuk MG..tahniah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      tq nelly! :)
      insyaAllah..percaya pada kuasa DIA ^__^

      Delete
  5. terkejut
    pernah beli shaklee suatu ketika dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada lg tkpe..abeskan .jgn buang
      membazir plak
      lepas ni kalau nk beli lg pun ok
      ini kabar angin ke ap MG xtahu sebab kalau takde angin mana bisa pokok bergoyang :)

      Delete
  6. mg, CEO shaklee dah explain clear psl ni kat shaklee global conference kt US. master shaklee tnya direct dan face to face, dan roger barnett buat statement khas utk delegasi shaklee malaysia. mmg shaklee dan dia sendiri xde menyumbang pd israel. xde bukti dia menyumbang, dan dia mmg xmenyumbang pon. sebab tu shaklee xmasuk lam list boikot inminds. just my 2cents. xbaik sebarkan benda yg xpasti.sedih baca bnda ini ada kt blog u.uhuhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe sis,
      kita anggap ni sbg gosip utk shaklee
      so spe2 yg xtahu lagi pasal shaklee nanti akan tahu
      gosip ni mcm angin
      sekali tu je berangin pastu senyap :)

      Delete
  7. http://www.zahirahhafizan.com/2014/08/sudah-sampai-masakah-untuk-memboikot.html

    ni link xplain detail psl tu MG, hope mg boleh baca dan buat penilaian.

    ReplyDelete
  8. Baru berniat nk jd dealer. Hurmmmmm. Tgh usha2 pasal isu ni. Tq for the info.

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger