Kenapa Pegawai Penjara Gaji Tak Macam Pegawai [Kerjaya di Penjara] - Denhanda

28 Aug 2014

Kenapa Pegawai Penjara Gaji Tak Macam Pegawai [Kerjaya di Penjara]



Ok sekarang bukan MG nak mempertikaikan kenapa gaji diorang macm tu ke macam ni 
MG nak cerita pasal kenapa PEGAWAI PENJARA di bagi status Pegawai tapi gaji basic RM800

Jadual Gaji Pegawai Penjara Gred KX17


P1T1 RM 827.94 - P1T24 RM 2117.15
P2T1 RM 880.88 - P2T24 RM 2298.18
P3T1 RM 935.33 - P3T24 RM 2423.63

Kebiasaaannya kalau kita dengar pangkat pegawai pasti gaji starting RM2000++ kan?
tapi kali ni MG hairan kenapa pangkat pegawai tapi gaji biasa 
Takan kita nak cakap 

ko keje apa mat?
pegawai penjara gred 17 je 

mana ada org cakap dgn gred sekali kan?
sebab bila kita cakap macam ni .

ko keje apa mat?
pegawai penjara je 

mesti org tu ingt, waaaa.. banyak gaji dia ni ..haha
faham tak apa MG nak sampaikan?
then MG pun pergilah tengok kat laman web penjara 

so setelah MG dari atas kebawah
takde plak jawatan pegawai penjara ni tapi WADAR PENJARA
WADAR tu WADER = penjaga penjara a.k.a WARDEN la 

so, sebenarnya dulu jawatan ni namanya WADAR /WARDEN PENJARA
bila tukar kepada pegawai penjara MG tak maklum
so, bila kita dengar wadar/warden takdela sakit hati sangat bile tengok jadual gaji macam tu 
haha..

persoalannya kat sini ..kenapa tukar pegawai penjara?
kenapa tak guna nama wadar/warden tu 
kalau korang tahu, komenlah kat bawah ye :)

dan kat sini MG kongsikan ELAUN dan CUTI di JABATAN PENJARA MALAYSIA

Elaun Khidmat Awam

Jawatan/ Gred
Kadar Sebulan
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM300.00
Inspektor Penjara KX27
RM160.00
Wadar Penjara KX17
RM 115.00


Elaun Tetap Perumahan
Jawatan/ Gred
Semenanjung
Sarawak
Sarawak Sabah/Labuan
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM450.00
RM475.00
RM600.00
Inspektor Penjara KX27
RM420.00
RM 450.00
RM580.00
Wadar Penjara KX17
RM230.00
RM 250.00
RM335.00


Elaun Pakaian Seragam
Jawatan/ Gred
Kadar Setahun
Timbalan Penguasa Penjara KX41
RM500.00
Inspektor Penjara KX27
RM500.00
Wadar Penjara KX17
RM100.00/pasang
(3 pasang setahun)


Cuti

- Cuti rehat - cuti tahunan mengikut jawatan dan tempoh perkhidmatan
- Cuti sambilan - 14 hari setahun dan mesti dihabiskan dalam tahun yang sama
- Cuti tanpa rekod
- Cuti sakit
- Cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji
- Cuti menunaikan haji bergaji penuh bagi jangka masa tidak melebihi 40 hari
- Kelepasan - sekiranya bekerja pada hari-hari cuti


dan 2014 ni kerjaya kat Jabatan Penjara sangatlah banyak .
sebab apa?
mungkin penjara baru di buka kot
sebab apa penjara baru di buka? 
jawab sendiri ..haha


MG baru tahu yg kerja kat penjara ni macam badan beruniform lain juga
ada pangkat2 dia, ada paku2 kat bahu tu 
tapi tak sama plak macam asakar ke polis ke bomba yg pengambilan rekrut sekali banyak.

kerja kat penjara ni 
lepas ujian fizikal dan kecergasan dan temuduga 
baru dia ada kursus induksi 
kalau lepas kursus tu 
baru ada pentaulihan kerja
lepas dah pentaulihan tu 
barulah bermulanya kerjaya sebagai kakitangan penjara .

amacam? berminat tak nak jadi kakitangan penjara? ^__^
***
update 26.9.2014



26 comments:

  1. saya kurang minat dgn kakitangan penjara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurg minat tkpe.
      nnti minta kerja yg awk minat ye ^__^

      Delete
  2. Replies
    1. betula la wa
      MG tgk kt official web tau

      Delete
  3. Murahnya gaji kerja x teruk ke sbb jawatan kerani rasa basic lg tggi tul tak! Klau gaji mcm ni x ramailah yg nk jadi wsrden penjara tu kerja teruk gaji murah brg mahal huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tentu jgk
      sbb ni gaji basic
      lama2 kan naik n ada elaun itu ini
      nanti lama2 banyak la JM :)

      tkpe.janji rezeki halal
      kalau kita rasa cukup, insyaAllah cukup :)

      Delete
  4. Gaji basic plus allowance should be ok kot MG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      it shud be ok
      jgn die pegi beli bmw plak
      tu mmg tak ckup bulan2..hehe

      Delete
  5. Agak rendah gak kan...kalau dibndingkan dgn kerjaya lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mgkin dia ada kenaikkan gaji yg lg cepat berbanding jwatan lain ke kan? :)

      Delete
  6. Hahaha tu tahun 2006 hahah.cuba chek kt SPA 2014 baru tau bertuahnya pegawai Penjara kx17 :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!
      ini yg lma bos
      skank diorg kaaya :)

      Delete
  7. Dulu sy keje dgn bank, selalu tgk payslip Diorang. Ade elaun yg x Ade dlm portal spa, Tp Ade dlm payslip. Elaun insuran Pegawai penjara. Jd Gaji diorang Skrg amat berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      skank gji diorg boleh snyum lebar :)

      Delete
  8. X setimpal ngan gaji....cuti seminggu sekali...ada shift malam...ttp seminggu sekali cuti..terdedah kpda peyakit dan rusuhan...klau bnduan cedera or bunuh diri....masak lh....pas tu pling best klau bnduan dpt lepas...siap kuarantin 24 jam..byk dh wadar kna tb dan hiv....xper klau gaji kecik....klau setimpal dgn tugas...byk org x tahu kerja penjara ni....ni lh class pakaian seragam pling rendah tpi klau jdi bos tu ok lh...kerja 5 hri....gred lain kerja shift malam...4 hari kerja 3 hri off...gaji besar...gred kx dri dulu x diambik perhatian...mental kena kuat bgi tukang sebat dan tukang gantung...elaun ciput..

    ReplyDelete
  9. kami bru dpat elaun kritikal 100, tu pn ada lg orang pertikai dia kata PDRM dapt hospital dapat kami pn nak juga,sdgkan dia xthu sepatutnya kami dapat 2 kali ganda dr apa yang PDRM dn hospital,sebab dr segi risiko kami lg berisiko dgn purata 2-3 orang wadar kadang2 terpaksa menjaga sekurang kurangya 400-500 muster banduan dalam 1 blok,bukanya jagaan kami mcm lokap polis 24 boleh kata kuncik,d penjara ada jadual banduan keluar dr sel biasa nya mula 7 pg hingga tutup muster 6.30 ptg,bayangkan risiko kami pada masa tu dikerumuni beratus banduan,mcm2 dia boleh buat kalau nak, lagI kami terdedah dgn risiko pykit,HIV,aids,pykit berjangkit melalui pernafasan,bykan dlm 1 blok tu smua hiv,beratus,berpuluh kami trpksa jaga dengan kami bukanlah berfasiliti kan hospital atau kompeten dalam hal2 kesihatan wlapun ada disediakan topeng dan sarung tangan tapi risiko tetap ada.

    ReplyDelete
  10. pihak pengurusan penjara mmg langsung x prihatin dan x cemerlang (info dari kawan aku)..pihak yg diatas sekadar pergi bekursus @mensyuarat a.k.a bercuti dan claim elaun..tidak pernah mereka mengusulkan kekurangan anggota di penjara.sebabnya taknak membebankan atau inginkan penghargaan dari pihak kerajaan atau kementerian, tetapi staff bekerja bertungkus lumus,tiada union untuk suara staff bawahan..mereka ada hari dialog tetapi hanya pergi dengar arahan2 shaja. xde two way comunication disitu. berkenaan jadual kerja pula, cuti setiap penjara x selaras. ada yang 2 mggu kerja 2 hari cuti, ada yg seminggu kerja 1 hari cuti. pemakaian uniform menyamai guard sekolah je aku tgk. penggunaan cota kayu zaman british masih lagi digunapakai. xde improven langsung.xseiring dengan zaman. dah lama aku perhatikan.xmacam polis aku tgk yg ntah keberapa kali tukar format baju uniform diorg. segak2 jer diorang wlwpon kurus kering..bagaimanalah kepala otak ketua pengarah diorang ye....org kampung mana lah yg diangkatnye..huhu..

    ReplyDelete
  11. Anonymous11 June, 2015

    Pada saya gaji mereka tak berbaloi. Gaji mereka lebih kecil berbanding dengan unit uniform yang lain.

    Jika mereka terpaksa bekerja di wad hospital dan balik ke rumah sudah tentu lambat, mereka tak dapat claim OT. Sedangkan penjawat awam yang lain (contoh kerani) boleh plak claim OT. Untuk pengetahuan anda, jika ada dalam golongan dari group simpanan, mereka akan lebih kerap kena kerja keluar seperti hantar banduan ke hospital dan mahmakah. Silap hari bulan terlibat transfer banduan ke penjara lain pula.

    Pulak tu keje mereka sangat berisiko dengan keselamatan dan kesihatan. Contohnya rusuhan di dalam blok atau semasa mereka bertugas menghantar banduan ke hospital. Bukan itu sahaja, jika banduan dimasukkan ke dalam wad, mereka juga ditugaskan ke sana. Pernah juga saya sendiri lihat ada banduan berjaya melarikan diri di hospital. Ketika itu saya baru sampai dari kampong dan siren di kuartes telah berbunyi. Apa lagi, mereka terus bergegas tukar uniform dan laporkan diri mereka. Anda rasa gaji mereka berbaloi kah?

    Pernah juga suami saya yang keje bahagian pejabat. Saya dah lupa unit apa. Pergi keje macam biasa tetapi boleh kata tiap hari Isnin hingga Jumaat balik pukul 9.30pm. OT pun tak boleh claim. Sebab balik lambat sebab mahkamah habis pukul berapa? Polis hantar banduan dah pukul berapa baru sampai. Nak proses apa ntah lagi.

    Kesian kan...

    ReplyDelete
  12. salam sejahtera ..

    saya dpat tawaran lapordiri untuk jadi warden/wadar penjara kx 17 ,,tp tak tahulah nak pergi ke tak ..sebab sekarang pun dah berkerja dengan kastam ..bile tgk komen komen awak2 sekalian ..berat plak hati nak lepas kan jawatan kastam ni ..nohon pencerahan ...

    JEJAKA DILEMA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam JD..

      ada pro and con ye.
      kena semak juga dgn rakan2 sekerja.
      kastam pun ok
      kalau dh selesa kenapa nak mula balik dari bawah kan?
      semua depends dr u sendiri :)

      wish u luck!

      Delete
  13. sy pom dapat tawaran tersebut skrg sy tak tahu nak pergi ke tak..tgk komen2 semua rasa mcm risau pom ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat solat istikharah.
      jika nak di takutkan semua kerja ada pro and con :)
      ini info 2014 sis.
      insyaAllah ..jika rezeki anda maka berlapang dada lah ...insyaAllah dipermudahkan .insyaAllah ..ameen :)

      Delete
    2. Haha sy pun dpt jgk tawaran nih.. tp dilema nk ke tidak😊

      Delete
    3. Salam..sy ni bekerja sbg inspektor penjara..keje xlama,bru 6 tahun..dr pengalaman sy yg tak seberapa ni,semuanye bergantung pd diri sendiri..tak di nafikan keje penjara ni risiko tinggi..tp di fikir blk mana2 keje pn ade risiko..pandai2 la bwk diri..lgpn skrg ni keje susah..jd yg mana datang tu terima dan jg sebaik mungkin..tp mmg byk kekurangan la keje ni..'xbyk kebajikan utk anggota bawahan'..ayat ni la selalu anggota bwhan duk bising2..mmg betoi pn..

      Delete
    4. dalam pada ekonomi skank ni mmg susah org bawahan nk mrungut rungut.
      sepatutnya kerajaan buat sesuatu utk ringankan beban tapi entahlah apa nak jadi .
      kita yg bawah2 ni jdi penonton je ....

      Delete
  14. kalau abang abang bangla yang mohon jadi pegawai penjara mesti gaji tinggi.

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger