fridge magnet ancam kanser [lekat kat tempat lain]



haritu MG pergi rumah abang MG
banyak gila fridge magnet dekat peti ice dia
macam macam negara
itu hobi bini dia la tuuu..huhu
cantik2 semua
almost semuanya berlainan dan ada dalam 50++

MG pun rasa macam nak carik fridge magnet dan jadikan hobi baru sebab cantik sangat tgk kat fridge
since MG pun mmg suka melacong lancong ni tp tak teringat lagi nak beli pelekat kat peto ice ni

TAPI hari ni MG jumpa artikel ni kat fb 
MG baca then kecewa ..haha
sebab tak dapat teruskan hajat nak buat hobi baru ..
sebab pancarn gelombang magnet boleh aktifkan kanser 
KANSER??
OMG!!

korang2 share2 la artikel ni ye 
nak kumpul boleh tapi letak dalam almari kaca ke 
simpan koleki kat tempat lain

cari satu box besi untuk lekat semua magnet tu 
nice jugak kan?

ni artikel tu

Info Kesihatan.. Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.
Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. 

Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. 

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

sumber - http://pengguna.smktiwa.edu.my



cantik cantik kan hiasan magnet ni ..huhu

so, MG rasa hiasan magnet kat peti ais ni boleh je simpan tapi jangan lekatkan kat peti ais
macam MG cadangkan kat atas tu
beli box besi or letak dalam almari kaca ke
sebab pancaran gelombang elektromagnet tu masuk kat dalam makanan 
then sape yg makan tu potensi kena kanser
so, kalau letak kat tempat yg takde makanan ok je kan ? :)
ikot kreatif korang la
MG tau korang kreatif :)




Comments

  1. Huhuhu.. ya ka, banyak koleksi beli sendiri dan pemberian kawan2..nak ubah kat mana la lps nih..kena cari tempat yang boleh lekatkan fridge magnet ni laa nmpk gayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?
      jgn buang..sayaaaaang! hehe
      carik tempat lain nk smpan ye :)

      Delete
  2. waaaa thanks for sharing yeah mg . . dekat frigde muni pun ada fridge magnet ni tambah rumah mentua muni . memang penuh . . tatahula pulak ada bahayanya . . neway thanks again yeah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries :)
      tula, MG pun bru thu then tu yg share jgk ni ...jgn buang tau...
      carik tmpt nk smpan yg jauh dgn makanan :)

      Delete
  3. Info yg sangat berguna. Thanks Mg. Hurm, jap agi kena buang la fridge magnet tu :)

    Jemput singgah My recent post : Cara Memastikan Otak Cerdas!

    ReplyDelete
  4. Hmmm...Bahaya ni...Thanks MG...

    ReplyDelete
  5. salam. baru tahu...thanks share ya..hihi

    p.s banyak koleksi magnet abang MG..comel+ pulak tu

    ReplyDelete
  6. no worry sis :)

    haah, comel2 sumenyeeee..geram jgk kdg2 ad jgk tukar2 ngn die ..ngeee~~

    ReplyDelete
  7. CN pun byk koleksi fm ni, sekarang ni simpan dulu, tak tau nk letak dekat mana bila tau kes kanser ni, sayang la, mmg cantik2 kawan2 bagi yang duk kat oversea ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula
      syg kn nk buang sbb bukan sng jgk nk dpt :)

      Delete
  8. Baru ada berapa biji kat peti ais,hadiah dri sahabat blogger dan beli sendiri..nak simpn tmpt lain la macam ni..terima kasih atas perkongsian ini MG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worries mardiah..love to share :)
      nnti bole simpan jaauh sket dr maknan
      jgn buang..
      syg :)

      Delete
  9. Ohhh baru tahu info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni letak jauh sket dr makanan ea :)

      Delete
  10. salam syawal, memang ana sendiri ada fm colection ni, cuma kadang2 kala sumber info mcm ni tak begitu sahih, tapi yelah kalau dah merbahaya kenalah elakkannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ana :)
      tak begitu sahih tapi ada juga betulnya
      cuma tak dtg lg dr ustd kita kan? ^__^

      Delete

Post a Comment