Roti john beracun, juadah berbuka ada kuman - Denhanda

4 Jul 2014

Roti john beracun, juadah berbuka ada kuman



memang setiap tahun akan ada kes macam ni
bukan khusus pada roti john sahaja tapi semua juadah berbuka yang dijual di bazar ramadhan
ini cuma kes yang di ketahui ramai.
mungkin ada juga kes seperti ini tapi tidak di paparkan kepada umum.

juadah berbuka puasa yang di jual oleh peniaga di bazar ramadhan seringkali di kaitkan dengan kes keracunan makanan.
hal ini kerana ada segelintir peniaga yang tidak bertangunggjawab menjual juadah mereka itu berhari  hari sehingga habis.
sehari berniaga jarang peniaga yang jualannya akan habis.
baki yang tinggal akan di jual pada keesokaan harinya.

perkara ini tidak salah .
sememangnya kita tahu ada antara juadah yang disediakan boleh tahan lama.

tapi disebabkan berpuasa, peniaga tidak boleh merasa jika jualannya sudah basi dan tidak boleh di makan lagi.
ada diantara peniaga tidak sengaja menjualnya 
tapi ada juga sebahagian darinya sengaja menjual untuk mengaut keuntungan yang lebih.

hal ini telah mengakibatkan 1 kes keracunan dari juadah bazar pada ramadhan kali ini.

Foto
                                             ANAK ketiga Hamdan kini dirawat di ICU, HTAR.

Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.
“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40. 

Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. 

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya. 



nasihat MG, berhati hatilah membeli di bazar ramdhan
bukan semuanya membahayakan kesihatan
masak sendiri lagi terjamin kebersihannya tapi jika terpaksa, kita tawakal je
semuanya dah ketentuan tuhan .
selamat berpuasa :)


10 comments:

  1. kadang-kadang tak paham..tak salah nak cari rezeki lebih pada bulan Ramadhan, tp jgn la sampai memudaratkan manusia sejagat yg lain

    ReplyDelete
  2. Masya'Allah kasihannya. Semoga adik ni cepat sembuh.

    My recent post : Cpuv Ke-6: IKEA sale 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan?
      benda kita tak tahu tp seller shud alert kn bnda2 gini sbb tiap2 taun berlaku

      Delete
  3. Tak tau nak cakap camana..sbb sy pun kaki bazar..hehe..kena hati2 lah pasni, tapi mane la kita nak tau kan mana y elok, mana y tak..semua nampak sedap je kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti elok2 tau cik viva nk beli tgk2 dlu tau :)

      Delete
  4. tu la yang risau kalau beli makanan kat bazar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..
      org nk cri rezeki dan pembeli nak bg tolg seller tp in ipulak jadinya :(

      Delete
  5. nasib baik la akak jarang membeli di bazar ramadhan..lebih selesa masak sendiri kat rumah.. tp thanks 4 sharing info nie ya...boleh alert sikit lepas nie..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      msak sndri puas hti tp kalau xd masa kne jgk beli kan kak

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger