pemberi sedekah didenda [busker tu kategori minta sedekah?] - Denhanda

8 Jul 2014

pemberi sedekah didenda [busker tu kategori minta sedekah?]



KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.
Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas  pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.
“Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.
Tengku Adnan berkata undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.
Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.
Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.
Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.
Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati “malas” dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.
Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.
“Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin,” jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.
Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes dan tikus.
Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan ‘pembersihan’ itu, katanya. – BERNAMA


************************************************************************************************************

tujuan atau motif utama - membersihkan pandangan orang luar 
yelah..banyak sgt peminta sedekah
merata tempat, jarak dekat2 plak tu kan?
eh , bukan org malaysia je yg bagi sedekah tau
foreigner pun pandai bagi sedekah kt pengemis malaysia tau!

then banyak sgt kanak2 warga asing yg dipaksa minta sedekah dengan jual ape benda ntah
nak kata mini surah yasin, tak nampak mcm surah yasin pun 
tulisan pun tatau nak baca

dan kanak2 ini sgt agresif!
dia akan ikot kita sampai kita bagi dia duit kalau dia nampak kita dah bagi kat "kwn dia"
ade tu yg tolak2 dan tarik2 baju MG nk suruh MG bagi duit. scary sgt kadang2 tau!

so nak hapuskan sindikit anak2 nila jgk kan
yelah, kesian 1 hal ...sebab yg dapat semua tu bukan diorang, bos diorang.

ok, nanti kita nak derma kita pilih2 orang tapi takot plak nanti DBKL yg ada merata ni saman kita macam mana?
sebab kita tak tahu makna sebenar pengemis 

okey! bagus kalau nak bersihkan pemandangan tapi kenapa nak didenda pulak pada si pemberi sedekah ?
adakah ini satu halangan kpd org yg hendak memberi sumbangan?

pengemis 
org yg meminta minta, meminta minta utk duit, makanan pakaian tempat tinggal atau apa saja yg mereka perlukan kerna mereka ini memerlukan semua ini.

ada juga org yg mengemis jadikan 1 pekerjaan. entahla.
sebab tu MG tgk jugak org tu mcm mana sifatnya..kalau memang perlu tolong,kita tolong.

ok kita tgk busker plak.
busker ni org yg membuat persembahan kat jalanan.
tak kira la menyanyi ke menari ke badut ke 
ape2 jelah yg boleh buat org terhibur

sebagai balasan menghiburkan tu mereka juga perlu duit, makanan utk teruskan kehidupan.
dan ada juga org buat busker ni salah 1 pekerjaan.
ada juga org kata ianya hobi.
kalau hobi tak perlu lah nak bukak kotak kat depan diorang perform tu kan?
sebab kalau dah nama kerja mesti dia perlukan something utk "kerja" yg dia dah buat tu.



busker adalah daripada perkataan spanis iaitu buscer yg bermaksud 'to seek' -mencari kemsyuran dan kekayaan.

sebab mana tahu ada rezeki busker ni org invite show mana2 ke kan?
macam tegar :)

so skank ni MG nak cakap busker dan pengemis ni nak sama tapi tak serupa

pengemis kalau dia mengaji then letak 1 bekas kat depan dia, dia dah upgrade jadi busker
bukan MG cakap mengaji tu 1 persembahan tapi dia 'do something for get something'
sama macam busker kan?

busker plak kalau lepas show pergi arak bekas dia pada semua org dah turun gred pada pengemis sebab meminta minta.
instead off dia buat show then letak bekas depan tu then ada org bagi something, dah habis balik.



ini pendapat MG. fikiran kita tak sama
bukan MG nak menghina busker mahupun pengemis tapi tujuan utama adalah untuk menyatakan kenapa kita tak boleh bagi derma/sumbangan kat pengemis.

sebab MG kaitkan busker ni sebab MG risau nanti busker pun dah tak boleh perform kat depan sogo tu sebab situ ada busker dan ada juga pengemis.

sebab MG suka dua2 
boleh beramal, boleh terhibur

sebab pengemis pakai buruk busker pakai cantik ni pun adalah salah satu perbezaaan jgk ni

sebab kita tak tahu makna sebenar pengemis 

macam mana dengan makcik/pkcik buta jual tisu? pengemis ke?







2 comments:

  1. apa yg diorg tetapkan ni ada baik buruknya. mcm MG ckplah tu betul sesgt. kita kena pandang dari segala sudut. kita pun tatau yg mana betul2 pengemis, yg mana pengemis yg dihantar oleh agen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?
      mcm ad yg kurg dgn peraturan ni

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger