Lori Tanah Meletup kat tol sunway [driver lori lari] - Denhanda

23 Jul 2014

Lori Tanah Meletup kat tol sunway [driver lori lari]


Kuala Lumpur: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.

Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kebakaran berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan melanggar palang dan tembok sebelum terbakar.

Katanya, kejadian menyebabkan kenderaan di kiri dan kanan turut terbakar dan seorang petugas wanita cedera di bahu dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.



3.49pm KESAS: Kemalangan di plaza tol Sunway (arah Barat) lorong 4 ditutup sementara waktu. Trafik perlahan. 

4.27pm KESAS: Status semasa kemalangan di Plaza tol Sunway, lorong 4 & 5 ditutup.

4.56pm KESAS: Trafik perlahan dari Kinrara ke plaza tol Sunway.

5.15pm KESAS:Perlahan dr Kinrara ke tol Sunway. Lrg 4 & 5 masih ditutup utk kerja pembersihan.

6.21pm KESAS: Trafik masih perlahan dari Kinrara ke plaza tol Sunway & Seafield ke arah Kota Kemuning. Harap bersabar.

6.44pm KESAS:Status semasa kemalangan di plaza tol Sunway,kenderaan yang terlibat telah dialihkan namun lorong 4 & 5 akan ditutup sementara.



dengan asap hitam ni ...nasib baik semuanya selamat
org jaga tol tu cedera ringan katanya
2 buah MPV dengan 1 lori ..
tapi driver lori lari ..lari p mana?
kabarnya driver bangsa asing..
lari? takda permit yg sah kot. entahlah.t tgk apa akk pembca brita cakap ye .
dan kabarnya ada yg meninggal..
sebab tgk api dan asap ni pun ..sempat ke nak keluar?
nauzubillah ...
ya Allah..paniknya kalau MG yg berada dlm keadaan ni 
tkpela...benda nak jadi. kita redha jelah
cuma nanti jammed la ni sebab 2 tol tutup
takpela..sabar ye pada yg lalu tol sunway ni ye :)

7 comments:

  1. dasyat..mletup .tebakar ..innalillah :(

    ReplyDelete
  2. Dahsyatkan MG..masa first tengok gambar ni pun ngeri..bahaya betul dia orang ni...

    ReplyDelete
  3. salam. huishhh..macam mana bole meletup tu? bahaya ni...dahsyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngntok kot..pastu lgar tiang tu dgn momentum yg kuat dan laju ...tu terbakar tu

      Delete
  4. semoga dirahmati Allah deme..selamat hari raya

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger