Isteri kena bakar hadiah perkahwinan+hari lahir [amukan suami cetek akal] - Denhanda

7 Jul 2014

Isteri kena bakar hadiah perkahwinan+hari lahir [amukan suami cetek akal]

sekadar hiasan

KANGAR: “Abang! Tolong, tolong sayang.” Itu jeritan seorang isteri selepas disimbah dengan petrol sebelum dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta di Kampung Abi Padang Machang, di sini, semalam.
Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada jam 9.30 pagi itu, tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Difahamkan, pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun mangsa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar suami kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.
Nenek suspek yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa ke-23, semalam, tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan.
Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar jeritan mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan mangsa sedang terbakar.
“Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.
“Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang setahun lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di Thailand, seminggu lalu.
“Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat mesra dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua ahli keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,” katanya.

- Harian Metro
 LOKASI kejadian wanita dibakar suaminya./Pic:Harian Metro
lokasi kejadian bakar isteri


memang banyak dah kita dengar kejadian bakar membakar ni
try jelah korang search "suami bakar isteri"
nah! belambak...taun ni je dah berapa kali kejadian mcm ni
trend? ape kejadahnya
isteri curang adalah salah satu sebab kenapa kes bakar ini terjadi tapi
perlu ke bakar?
yes! memang isteri tu berdosa, perbuatannya salah tapi ini bukan jalan penyelesaiannya wahai suami2 .
kamu dikurniakan 9 akal. gunakanlah sebaikknya.
sebab bakar org ni tanda manusia takde akal.
eh? org zaman dlu kena rejam kot kalau curang macam ni
tapi tu zaman bila skank zaman bila .. zaman skank ada undang2 .
kata ikot peredaran zaman?
krikk....kriikk.... dependsla ...no komen ..tak cukup ilmu nk komen lebih
tapi bila tiba menda2 macam ni orang macam nak kait2kan supaya nampak si suami dan isteri bersalah.
dunia ...macam nilah .

10 comments:

  1. banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah,kenapa perlu bakar...subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula KSD kn?
      geram sgt smpai xleh pkir la tu
      eish..seram !

      Delete
  2. bakaq isteri??wow brutalnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. marahkan nyamok kelmbu dibakar ni .huhu

      Delete
  3. Meremang pulak bulu roma ni baca kes bakar m'bakar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan?
      bakar dgn simbah asid...
      seram gler dgr

      Delete
  4. biol ke ape laki die tu..

    Jom berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla..biol ke mereng ke xtau la...yg tahu bni die menderita skank kt hspital :(

      Delete
  5. Ittaqullah...bertakwalah kepada ALLAH...sebelum kita dibakar..sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih...

    ReplyDelete
  6. betul tu tp tindakan tidak waras mcm ni takan jadi kalau lelaki tu ada iman kan ?

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger