derita budak OKU, dikurung sampai kering - Denhanda

21 Jun 2014

derita budak OKU, dikurung sampai kering


Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



panjang umur budak ni lagi .
masih dapat di selamatkan
tapi mmg nyawa ikan dah adik ni .
sedih nya...kurus sgt.
kalau tanak sgt bg jelah kat rumah anak yatim ke mana
kesian nya.....
mesti berak kencing makan kt dalam bilik tu je ni..
apela kisah sebenar budak ni ....


8 comments:

  1. sedihnya..ksian bdk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sgt ..
      krus tulang ..
      ingt afrika je bole napak org mcm ni

      Delete
  2. kesian la .. tadi tengok video dye . sebak je . sanggup org buat dye macam tu . tak de hati perot langsung .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, MG xsgup tgk video die byk kali
      sekali je tgk
      rsa menitik air mata tgk die jalan seret2 :(

      Delete
  3. memang sedih MG...nasib adik ni panjang lagi umrnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan?
      pjg umur adik frdaus ni :)

      Delete
  4. Moga Allah lindungi anak ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia makin pulih dah kat hospital skank ..
      insyaAllah ok :)

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger