Kerja sendiri mana ada masa sendiri - Denhanda

12 May 2014

Kerja sendiri mana ada masa sendiri


Seringkali kita dengar alasan untuk orang memilih bekerja sendiri adalah ada masa untuk diri sendiri.
Maknanya mereka tidak terikat dengan masa kerja yang teah di tetapkan oleh syarikat mereka bekerja jika mereka bekerja makan gaji.

Hal ini memang MG tidak bantah dan tidak sokong kerana
Memang mereka yg selfeeding ada masa mereka sendiri. nak balik kampung bercuti lawat keluarga sakit emergency tak risau untuk surat cuti sakit mahupun kekurangan bilangan cuti/tahun.
Tapi mereka juga telah memberikan 24jam masa mereka untuk bekerja sebenarnya.

Contoh, jual baju…
Tengah2 malam pagi ptg tak kira masa pelanggan boleh sms,wassup, wechat pm di fb di ig dan byk lagi media social. Tu tak tambah lagi dengan deringan fon yang kadang kala sampai lewat malam.
Tengah sedap2 berkelah bersama keluarga tiba2 masuk 1 sms, dibiarkan kerna mahu bersama keluarga, kemudian masuk lagi sms dan lagi dan lagi. Jika tidak di lihat dan di balas mungkin itu rezeki tapi jika dibalas, keluarga akan mula tarik muka melihat kita asyik dengan fon . org bisnes la katakan.

So sekaranag, katakan pada MG. mana masa sendiri yang buatkan org selfeeding seronok dengan kerja mereka?
Memang kita ada masa kita sendiri tapi selfeeding yg professional tak akan buat masa sendiri yang merugikan diri sendiri.
Bagi MG sama saja.
Jika kita tanguh2 kerja atau lengah2 kerja. Hasilnya pun bersahaja sajalah.

Sama macam kerja makan gaji.
Jika kita buat sambil lewa. Tidak cekap. Lambatlah naik gaji. Lambatlah naik pangkat.
Kan?

Anda setuju? Komen pendapat anda jika berlainan dengan pendapat mata kasar MG ni.

Kalau nak di ulas memang banyak pro dan cons nya tapi pokok pangkalnya rajin dan kesungguhan.
dan isu ini bukanlah benda baru . banyak artikel tentang kerja sendiri VS makan gaji kan?


apa pun kita bersyukur dengan rezeki yang telah kita peroleh walaupun dengan makan gaji mahupun bekerja sendiri . kan ? :)

lain2 artikel pasal makan gaji VS kerja sendiri yg MG rasa bes tapi byk lagi yg best2 tau .
1. usahawandotcom 
2. akuislam
3. rakanbloger

6 comments:

  1. Semua jenis keje ada pro n cons kan.... takde yg sesukati buleh buang masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      semua nye atas kita sendiri :)

      Delete
  2. done follow.
    nice sharing :-)
    come visit n follow my blog

    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye fiza :)
      wil visit u later ^__^

      Delete
  3. kerja sendiri usaha pun sendiri,jadi kena buat kerja banyak..maana ada masa untuk bersenang2..kena pandai bahagikan masa betul2 untuk keluarga dan kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      kerja sendiri ke makan gaji semuanya sama
      semuanya atas kita
      kita usaha kita dapat
      pandai bahagi masa tu 1 bonus utk kita :)

      Delete

Rakan Google+

Rakan Blogger