coklat cadbury masuk dalam darah? - Denhanda

29 May 2014

coklat cadbury masuk dalam darah?


ermmm...senyap sekejap cerita panda lepas munculnya cerita babi dalam cadbury .
heboh dan penuh wall kat social media prank mrank mengenani cadbury dan babi.
kat sini MG bukan nak menuding jari kepada sesipa mahupun membongkar cerita babi dalam cadbury ni
tapi MG terpanggil untuk berkongsi dan pendapat MG mengenai isu ini.

dalam konteks makan makanan yg tidak halal bagi umat islam adalah haram.
isunya babi dalam cadbury skank adalah TERMAKAN.


kita yg islam bukan makan sekor babi yg jelas di mata tapi TERMAKAN.
bukan salah kita sendiri sebab JAKIM sendiri telah mengeluarkan tanda halal pada produk cabury.
bukan MG tak marah tapi dalam konteks skank nak marah pun tak guna.
so skank kita perlu sokong penutupan kilang cadbury tu kalau betul2 ada penggunaan unsur2 babi dalam pembuatan coklat cadbury tu.

MG ada terbaca yg ingin meminta ganti rugi untuk salin darah membersihkan dari babi dlm cadbury.

bila kita makan, makanan menjadi lemak/daging
kenapa nak bersihkan darah?
nak bersih darah suh sedut sekali lemak2 MG ni.. haha baru kurus murus rakyat malaysia LOL *gurau*
eh ntahlah..MG pun xtahulah . tapi menurut ust zaharuddin

"Dalam islam, tiada proses bersih darah atau samak mulut dalam ajaran agama tersebut kerana agama islam cukup mudah"

TIADA ‘BERSIH DARAH’ & TIADA SAMAK MULUT

Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.
Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014



babi = haram
tak tutup aurat = haram

termakan babi = salin darah
sengaja tak tutup aurat = ?

sekarang ada juga mendakwa sabotaj dan sebagainya tapi cadbury dah jadi was was bg umat islam
so, tak payah la makan cadbury lagi . takpe lepas ni makan kitkat je ..huhu



9 comments:

  1. betul tu... takde istilah yg disebutkan.. bila dah tahu, mmg elok elak je.. jgn mkn lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      benda dah was was kan?
      takpe pon xmakan coklat cadbury ni
      rasanya tak mati kalau xmkn coklat cdbury ni ..huhu

      Delete
  2. http://eiracomeyh.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html

    ReplyDelete
  3. Tak payah nak isu sgt la bab ni... Hmm.. Semak dulu halal dan haram yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!
      ni dh tau ad babi dah
      tayahla mkan dh kan :)

      Delete
  4. NIce sharing. Yup, Dr. Maza pum said the same thing. No need utk blood transfusion atau cuci darah atau sebagainya. Benda xdisengajakan so elakkanla.

    ReplyDelete
  5. Exactly MG..Islam tu tak kejam kan dan Allah maha pengampun..

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger