Frust MLM Teringat skor A - Denhanda

21 Aug 2013

Frust MLM Teringat skor A

malam tadi browse fb guna fon adela baca 1 post senior ni pasal 1 link
"... 15 facts sbb knp sy stop dr premium beautiful business...wajib baca!! ..."

then MG pun tertanya dalam hati, apa yg dia ni marah sgt sampai letak tanda seru kat link dia ni.
MG memang follow leader2 PB ni.
bukan apa suka tgk diorang pakai mewah2 ..hahaha
dengan kereta dgn lifestyle..nak macam tu jgk tp bukan dgn MLM.
nk tgk tu je, kalau nk join mmg kusss semangat..
memang tak la MG nak carik2 org then paksa2 suh join.
memang pada mata kasarnya tak paksa org join tp pada mata halusnya memang kena paksa sebab nak dapatkan balik modal yg dah lita labur tu and bonus sikit.

so, kalau dah dapat modal pun kira ok tapi sampai hati ke nak paksa2 org suh join .
downlone a.k.a busnies partner a.k.a sumber pendapatan.

nasib baik MG sempat baca entri post pasal tu .
sebab selang berapa minit, owner blog dah delete dah entri tu.

sronok baca komen .. ada lebih 193komen ..
semuanya meluahkan tak puas hati pasal MLM yg ni.
sampai tersasul tekeluar nama org tu sekali.. geram la tu.
dah ada tempat ha kau, luah semua guna nama anon.
memang sedap la kan membalun ...huhu.

bukan nak cerita ni tp nk citer pasal skor A yg mak sy hampir terjerat.
mana taknya...ok, MG cerita dari awl k .

ibu : kak, tadi ckgu skolah adik kol nk jumpa, nak ckp ttg pelajaran adik.
MG : laaa? asal bu? adik merosot ke blaja? ayh tahu? (kalau ayh tahu sure ayh bsing sbb ckgu kol rumah)
MG : habis? bila dia nak jumpe?
ibu : malam ni pkul 8.30, kat depan econsave tu kan ad bangunan tu kan, tgkat 2.
MG : pehal plak nk jumpa kat situ??? (jumpa kat skolah la patutnya kan? )
ibu : ntah, ade la tu adik buat ke tanak libat skolah ke ape. (ibu dah risau, sbb adik duk hostel)
MG : yelah, mlm ni kita g ajak along.

malamnya kami pergila sana dgn penuh tanda tanya.
MG tak tahu ape lg ckgu tu ckp dlm fon sbb ibu MG yg angkat.
sampai kat situ, tgk ramai gle org. mcm tgh ceramah something. jerit2 kita boleh la ape la itu ini..

ibu : kak, ramai org blaja kt sni. kelas tuisyen ke?
MG : ntahla bu..

tanyalah nama ckgu tu, die belum sampai so, tunggu la situ,
lama gak tgu cikgu tu.

then ckgu tu sampai.
MG ngan ibu duk depan ckgu tu macam nak bayar yuran sekolah ..

then cikgu tu starting dengan tanya itu ini.
nama adik macam mne stdy la itu ini then pap!
ada risalah pasal skor A.

MG ok je sbb ingtkan tu buku latihan tambahan ke ape.
masa tu adik MG form 1 skank form 3.
so dia cerita la pasal skor A ni dari A besar a kecik sampai Z besar z kecik.
MG tau dah dia ni nak ape sebenarnya tp ibu MG biasala org tua, kampung, mana tahu pasal MLM ni
diorang nak anak diorang lulus cemerlang je.
kua duit sikit takpe.

pastu cerita plak pasal downline2 la , suh pakcik2 ambik pakej la itu ini.
peluang perniagaan dengan skor A.

“Online Education + Online Business + Network Marketing”


die cakap sambil tolg org jdi pandai sambil buat duit.
MG ingt lg dia cakap nanti dah bayar dapat pin, mcm pasword la nk masuk laman web tu.
then dlm tu semua ada past year la itu ini.
interactive learning 2 ways la.

……. menjadikannya tiada tandingan ……
“anak score “A”, ibu bapa score “RM”

“our children learn, the parent earn”
“they make good grade, we make good trade”

MG minta tgk mcm mne tp dia cakap 1 pin utk 1 org.
so, MG kena byr dlu bru dpt pin then bru dia tunjukkan macam mana.

MG dah bengang sebab nk kena bayar2 la ape itu ini.
MG ajak ibu balik tinggalkan dia macam tu je.

boleh plak ckgu2 ambik kesempatan macam tu kan?
kalau la 1 skola tu komplot suruh wajibkan mak bapak ada skor A ..sian lahai.
dala kena guna komputer..waktu tu bukan semua ada computer/laptop dan INTERNET.

sape tak geram.
MG teringat, nanti cuti MG nak pergi skolah adik tny ckgu tu pasal skor A.
hahaha..

tengok pakej dia. hehe..
rakan niaga 328 org bru daoat 130k.
sampai bila la nk tgu 328 org tu.
2 org pun belum tentu .

so guys, byk MLM kat luar sana yg salah dan yg betul.
MLM yg bagus adalah jual beli yg mana penjual puas dan pembeli puas hati. dan ada barangnya yg dijual dan dibeli.
bukan just dpt pen dan buku nota.

jaga2 la..jgn makan pujuk rayu diorang suruh melabur then tunggu masa nak cash out.

eh? skor A ada lagi ke tak ea?

9 comments:

  1. Nasib ur mom tak terjerat dengan MLM. Bukan ke MLM dah diharamkan kat malaysia ke?but m not sure. :)

    ReplyDelete
  2. masa kat poli dulu ..kawan pakse join MLM dan skor A... tapi memang tak nak join sebb orang bawah yang sensara yang atas hidup mewah.. dan menipu saje semua tu

    ReplyDelete
  3. @CF
    tula, sib baik pegi ngn ES ..
    mana ada haram lagi.
    dadah yg haram tu pun ade je prg hisap lg ni kan pula yg menguntungkan ...

    @AP
    mmg, diorg target budak2 blaja .
    sppu ada join, asek kol je ble free nk sembang pasal ni tp salu xd msa nk dgr..huhu

    ReplyDelete
  4. alamak.kenapa awak post pasal score a nieh?? saya terkena taw x. abis 2000 lebe saya. bile saya teringat balek nak nanges je rasanya. mostly budak uia ramai yg join.huu,,

    ReplyDelete
  5. Skor A.. Alhmdulillah ur mom x terjerat.. dulu pon sy hmpir terjerat dgn pujuk rayu,. dan pernah pergi Sminar dia lagi...=.= mmg ramai org hebat2 kat sana sbb pndai "tipu" org..nak tolong tapi.. cara tu xbetul.. siap nak minta org lain tipu ad masalah kewangan.. tipu utk pinjam kat org lain supaya dapat bli no pin tu.. mmg mlmpau lagi2 nak scpat yg mungkin..dah la mahal... huhu better kita cari rezeki ni dgn cara yg baik dan halal tnpa perlu menipu...

    ReplyDelete
  6. @mai
    laaaa, yeke? mmg diorg ni pandai sgt pujuk rayu.
    ada mebe sy join mende lain sampai 3k pun ade.
    yela, kan sbb point dia kalau labur byk dpt byk.
    xpela..tu pengajaran..nasib baik awk mse tu ada 2k je...kalau ada 10k?
    lagi la kuciwa merana kn :)

    sy post ni sbb teringat lepas bca entri akk tu psal PB .

    @tsania
    tula...memang diorg stres kepala otak kita sampai kita give up and join.
    pandai diorg ni paksa kepala otak kita .. hehe

    ReplyDelete
  7. Kesian...naseb baik tak join. MLM ni mmg mcm tuh. Jgn terjerat yer. Dalam hidup tak ada jalan singkat utk berjaya atau nak idup senang. Cepat senang, cepat juga jatuhnya...itulah lumrah idup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLM tak salah tapi tgk la mcm mana
      ap brg yg dijual
      ni tak
      ada tu byr 2k dapat cd n template2 ap benda ntah
      xberbaloi lgsng ...hahaha :P

      Delete
  8. latest, saya ditanya berkenaan focus A.. yg ni apa pulak? focus A ni ganti score A ke? scam jugak ke? sapa ada info, tolong respond ya..

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger