Mak Tangungjawab siapa? - Denhanda

27 Jun 2013

Mak Tangungjawab siapa?


Hidup mari jodoh pertemuan rezeki semuanya di tangan tuhan .
Kita tidak akan mengetahui apa yg akan berlaku.
Baik buruk.
Tapi kita harus redha dengan segala ketentuannya.

Apabila mak kita mati laki, mak kita sorang2.
Selalunya mak tidak akan nikah lain kerana risau akan kasih syg kpd anak2 nya akan berubah atau anak2nya akan mendapat ayah tiri yg tidak bertangungjawab.

Mak seorang membesarkan anknya yg seramai 7 org.
Penat lelah disimpan dalam hati.
Tidak sedikit di tunjukkan pada anak-anak.
Segala kerja halal dilakukan demi mencari rezeki mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak2 dgn selesa.

Apabila anak semkain dewasa.
Telah tamat belajar.
Telah selamat berkahwin.
Mak juga semakin uzur.
Tidak sekuat dulu lg.
Ingin menumpang kasih ank menantu serta cucu.


Mak tangungjawab siapa?
Ank perempuan tidak lagi terikat dengan mak ayah lepas mereka berkahwin kerana mereka perlu taat pada suami.
Ank lelaki sampai mati kena bela mak sbb syurganya di telapak kaki mak sampai mati.

Mak tiada ank lelaki.
7 org. semuanya perempuan.
Seorang demi seorang pergi meninggalkan mak.
Mak semakin kesunyian.
Mak semakin tidak berdaya.
Mak pergi menumpang di rumah ank sulung.

Setelah tinggal disana selama 2bulan lebih,
Kakak bertanya bila mahu pulang kerumah atau mahu pergi kerumah adik2 yg lain.
Alasannya suami sudah mula bising kerana kos rumah bertambah dan tidak selesa dengan kehadiran mak.

Mak sedih dan mak mengerti. Mak pergi kerumah anknya yg kedua.
Sudah sebulan lebih, angah juga sama.

Mak pergi ke rumah lain dan mereka juga sama.
Mengatakan suaminya sudah bising dan tidak selesa mak tinggal sekali.

Mak faham dan mak pergi lagi.
Anknya tidak perlu menderhaka kepada suami.
Kali ini, entah kemana.
Rumah sewa telah disewakan kpd org lain.
Kemana lg harus mak pergi?

Meniti di tepi jalan.
Dngn hujan rintik-rintik mulai lebat dan mak basah kuyup.
Mak tidak berdaya. mak letih berjalan.
Terkenang tiada seorang pun anaknya yg sanggup membela.
Adakah salah mak melahirkan semua ank perempuan?
Adalkah salah mak yg membesarkan mereka dgn penuh kasih syg?

Mak berteduh di kedai using tepi jalan.
Menunggu hujan berhenti. Mahu memulakan langkah baru.
Tapi mak sudah tidak berdaya.
Hatinya remuk tidak mahu menyalahkan sesiapa

Bdnnya letih matanya mengantuk.
Mak terlena.



Esoknya mak tidak dapat lagi membuka mata.
Tidak dapat lagi mengorak langkah.
Mak sudah sejuk.
Mata mak sudah tertutup rapat.
Mak hanya mendengar suara1 asing yg belum pernah didengarinya.

Mak bukak mata.
Mak lihat ramai yg sebayanya.
Memandang kearahnya dengan penuh mesra.
Mak selesa walaupun tidak bersama anaknya.
Mak doakan ank2 mak hidup diredha Allah.
Mak redha jika ini pengakhiran hidup mak.
Hanya 1 pesan mak.

Jgn biarkn ank2 kamu tidak sanggup membela kamu mcm mak.

Didikla mereka dgn sebaiknya.


**hanya cerita dongeng yg mengharapkan dpt memberi pengajaran :)

2 comments:

  1. insyaAllah :)
    sama sama kita berdoa supaya kita menjadi anak yg soleh solehah yg dpt menjaga ibu bapa di usia emas mereka :)

    ReplyDelete

Rakan Google+

Rakan Blogger