Jerebu Kembali Melawat Malaysia - Denhanda

24 Jun 2013

Jerebu Kembali Melawat Malaysia

sudah hampir seminggu lebih fenomena jerebu dan bertopeng di malaysia.
datangnya hampir setahun sekali.
dah macam snow plak.
musim jerebu dah masuk dalam musim2 di malaysia selain dari musim tengkujuh.


boleh kata memang tiap2 tahun jerebu tebal akan melanda.
dan kita sendiri tahu dari mana dan apa puncanya.
yg pelik.
kenapa tiada tindakan mahupun amaran mahupun pencegahan?

memang !
kita tidak boleh merangkap atau mengawal asap jerebu ini sebab zarah molekulnya tidak tetap.
tapi jika dah tahu pihak sana berdegil, tiadakan apa2 invention utk mengawal jerebu?
mana jurutera2 yg hebat2??


tapi kita tahu apa puncanya tp kenapa pihak berwajib tidak membuat apa2 tindakan?
mungkin mereka ada memberi amaran tapi mereka tidak dengar.

jerebu ini paling teruk akan menyebabkan mangsa yg menghidu akan demam, batuk yg teruk.
tapi jgn risau, semuanya akan pulih sediakala selepas makan ubat dan berehat.

kurangkan aktiviti luar kerna nanti hisap udara jerebu tu.

jerebu tu asap.
asap kesan dari pokok2 terbakar.
memang tidak sihat.

bukan kabus. kabus tidak mendatangkan kesan jika menghidunya tapi ianya juga tetap bahaya bg pemanduan di atas jln raya.


ramai org bising dan marah dalam tentang jerebu yg semakin tebal ini.
tapi alhamdulillah hari makin hari angin telah menolaknya pergi dari malaysia.

jerebu boleh hilang sekeli mata dgn turunya hujan.
tapi mungkin ada sebab mengapa hujan tidak turun.

bertahanlah utk seketika waktu.
elakkan aktivit luar.


yg merokok hari isap asap masuk dlm peparu tu tak plak bising mcm jerebu ni.
walhal asap rokok lg bahaya dr jerebu.

BACAAN  IPU 
0-50        = baik
51-100   = sederhana
101-200  = tidak sihat
201-300  = sgt tidak sihat
>300       = berbahaya

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada. 


pikir2 kan dan stay positive ! :)

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger