Tak kisah jubah jarang janji cantik - Denhanda

31 May 2013

Tak kisah jubah jarang janji cantik

Sekarang pemakaian jubah semakin mendapat tempat di hati muslimin dan muslimat.
Tetapi jubah yg dijual ada diantaranya tidak menepati ciri2 pemakaian dalam islam.
Ciri-ciri pemakaian wanita dari segi islam adalah spt:

·         menutupi seluruh anggota aurat.
·         tidak ketat
·         tidak jarang

Tetapi jika kita teliti betul2 kain yang digunakan untuk membuat jubah adalah jenis yg jarang da nada yang melekap di tubuh badan.
Sebilangan si pemakai wanita terutamanya tidak mengambil berat malah mereka menyatakan itu merupakan 1 trend masa kini.
Pakaian yg dibuat daripada kain lycra memang tidak sesuai langsung dijadikan jubah mahupun pakaian lain.
Kain lycra memang sedap di pakai kerana boleh meregang dan sejuk bila dipakai.
Bertubuh kecik atau besar boleh berkongsi 1 saiz kerna kainnya boleh meregang dari saiz S ke saiz L
Tapi macam mana pula rupa pemakai yg bersaiz L memakainya?

Mengapa masih jauh lagi kesedaran untuk kaum hawa menyedarinya?
Begitu manisnya kaum hawa memakai jubah yg longgar dan tidak jarang ditambah pula memakai niqab.
Terserlah indah ciptaan ilahi walaupun tubuhnya diselubungi kain.

Disini bukan sy hendak menyangkal sama sekali fesyen yang diperbuat dari kain lycra.
Tidak sama sekali tapi sy cuma memberi kesedaran dan sy rasa hampir semua orang mengetahuinya.
Sy Cuma mahu pereka fesyen muslimah mereka pakaian yg menggunakan kain lycra tetapi menepati syariat islam.
Mereka juga boleh menggabungkan kain lycra dan cotton untuk rekaan mereka.
Mereka hanya perlu kreatif dan pandai mengeluarkan budget yang betul dan tidak terlalu mahal apabila mahu menjualnya.



Sebenarnya lycra yg jenis melekap pada badan ni selalunya yg jenis berat dan tidak jarang dan sangat bergetah.
Ada lycra yang bagus yang tidak melekap di badan.
Penegasan lycra yg tidak sesuai digunakan telah dibidas oleh salah seorang penjual baju yg berasakan kain lycra.
Ya, memang ada lycra yg tidal melekap dan ianya ringan dan sedap juga di pakai.

Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk memilihnya.

Kepada penjual pula kena pandai memilih kain sambil mengambil kira jenis kain menepati ciri-ciri pemakaian dalam islam.

Think positive, do positive stay positive J

No comments:

Post a Comment

Rakan Google+

Rakan Blogger